Subscribe Us

Things To Do In Japan: Universal Studios Japan

Assalamualaikum,

Hari ini cerita tentang Universal Studios Japan (USJ) yang terletak di Osaka, Japan.

Kepada peminat kipas mati (orang putih kata fanclub) Harry Potter memang wajib kena explore di Universal Studios Japan ini. Dari pintu masuk di theme park ini kita sudah boleh melihat kedai menjual cenderahati barangan Harry Potter dan disini juga disediakan sewaan pakaian Harry Potter. Bolehlah pusing-pusing disini memakai pakaian style Harry Potter.
Universal Studios Japan
Pertama sekali sebelum masuk ke USJ kenalah beli tiket masuk dulu. Disini aku kongsi harga tiket USJ:

1. Dewasa-1 day/2 day-Y7,315/Y12.408
2. Kanak-kanak-1 day/2 day-Y5,000/Y8,334
3. Warga Emas-1 day-Y6,575

*Dewasa dari umur lebih 12 tahun. Kanak-kanak diantara umur 4 hingga 11 tahun. Warga emas berumur 65 tahun.

Kami sampai disini dengan menaiki JR Trains.
Sebelum masuk ke USJ ini kami beli dulu bekalan makanan. Makanan ringan boleh bawak masuk setakat ini kami lepaslah bawak makanan.
Masa ini tengah cari breakfast sambil dibantu Omar check boleh makan ke tak makanan tu


Entrance

Tiket masuk ke USJ. Lebarkan dan penuh dengan tulisan Jepun lah.
Beratur dengan penuh kesabaran. Mana-mana pegi ramai saja theme park ini.
Waktu kami pergi ini musim autumn memang sejuk tapi tak terasa letih sangatlah berjalan-jalan dalam USJ ini sebab suhunya best dan nyaman. Di USJ ini pun ada rides, entertainment street dan yang istimewanya ialah ada zone Harry Potter.

Mari kita explore satu per satu zone yang kami sudah masuk.

Hollywood
Ini kedai yang kita jumpa dulu kedai Harry Potter.
Masa ini ada parade ramailah orang serbu nak bergambar dengan karaktor kartun.
Disini pun ada roller coaster kalau sesaper yang nak naik first roller coaster.

Universal Wonderland
Selepas saja zone Hollywood terus kita boleh ke Universal Wonderland ini. Disini banyak ride untuk kanak-kanak boleh dikatakan syurga kanak-kanak bagi yang berumur 10 tahun ke bawah. Kalau nak bergambar disini pun cantik juga sebab berwarna-warni.
Wizarding World of Harry Potter
Zone inilah yang kita orang kejar nak bergambar. Bagi peminat fanatik Harry Potter disini juga disediakan minuman butter bir seperti dalam cerita Harry Potter.
Ini senibina di Wizarding World of Harry Potter.
Pernah nampakkan poster ini dalam siri Harry Potter - Prison Azkaban.
Kat sini boleh beli tongkat sakti macam dalam citer Harry Potter ada pelbagai jenis, pilih...pilih...pilih

Depan Hogwart...cewah!
Hogwart
Disini kita boleh naik ride roller coaster tapi kena beratur panjang juga.

Amity Village and Jaws
Disini kita boleh naik bot keliling tasik sambil tengok show dalam siri cerita Jaws. Siap keluar ikan Jaws tau tapi sempat kena tembak dengan Kapten bot kita orang... ehehehe
Masa demo ikan Jaws itu kami dilarang mengambil gambar dan video. Sepatah haram pun kami tak faham apa yang Kapten bot itu cerita sebab dia cerita dalam bahasa Jepun daaa...
Dalam bot... Kapten Bot sudah buat isyarat Ultraman dengan mengatakan "No Camera" jadi kita ikutlah syarat dia tu...hahaha

Di tasik ini kami dibawa untuk melihat dan bercerita tentang Jaws.

Oh ya! kat celah Jaws ini juga sempat juga kami solat.
Jurassic Park
Disini kami naik ride roller coaster, tips dari aku kalau tak nak basah duduk seat depan jangan belakang. Masa roller coaster itu turun masing-masing jerit sampai nak kuar anak tekak jugalah. Tapi puashatilah enjoy!
Kena beli plastik itu kalau tidak nanti basah baju.

Ini roller coaster yang extreme di Jurassic Park ini.

Ada bran ke nak cuba... kami takottt!

San Francisco
Di San Francisco ini hanya terdapat pemandangan dari movie Backdraft, cantikkan scene kat sini.
New York
Ini tempat terakhir New York. Disini boleh cuba Spiderman ride dalam versi 3D. Ride ini serupa macam ride Transformer di USS pening kepala aku naik ride bertarung ini. Macam biasa kau pejam mata saja sampai habis... ekekeke
Selesai sudah jelajahan kami di USJ ini. Kaki pun dah penat dan cuaca semakin dingin sebab USJ ini pun tepi laut angin malamnya membawa kami cepat-cepat nak masuk dalam bangunan nak panaskan badan.

ANEKDOT:
Terima kasih kepada Omar dari Japan Travel Crafters layan kami jalan-jalan ke USJ dan Nara Park.

Catat Ulasan

0 Ulasan