Subscribe Us

Sunan Cinta Nan Sakti by Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum,

Ramlee Awang Murshid merupakan salah seorang penulis kegemaran aku. Aku jatuh cinta dengan gaya penulisan dan cerita yang digarapkan oleh beliau memang menyentuh hati dan perasaan.
Ceritanya bermula begini.

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.”

Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.

Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...

Di sinilah... lahirnya seorang legenda.

Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.

RAMLEE AWANG MURSHID mengekalkan rentak cinta dan aksi dalam alur cerita karyanya kali ini. Nanggroe Sang Kembara menempuhi banyak gendala dalam perjalanan meraih Cinta Nan Sakti. Perjuangan tidak mengenal erti lelah biarpun hampir tewas. Kebangkitan merupakan kemuncak sebuah hakikat dalam layar sebuah hikayat.

ANEKDOT:

Bagi pencinta Laksamana Sunan memang tak akan lepaskan setiap siri dari ceritanya. Bagi aku ceritanya semuanya ada ilmu dan info yang ditulis secara teliti dan banyak homeworknya.

Setiap ceritanya memberi kita semangat, pembangun jiwa bagi yang memahami. Baca cerita ini tak boleh skip nanti tak faham apa yang berlaku. Tip aku kalau nak baca cerita yang berat ini mulakanlah dengan menjelajah dahulu dari semua siri Laksamana Sunan supaya kita nanti tak terpinga-pinga baca cerita yang seterusnya.
Adakah aku berpuas hati dengan novel kali ini? Jalan ceritanya walaupun agak lambat lebih banyak bercerita zaman Kurun 15 tapi tetap menarik pada akulah. Ini kerana aku memang sudah lama jatuh cinta dengan Laksamana Sunan.... ehehehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan