Subscribe Us

Things To Do In Singapore : Universal Studio Singapore

Assalamualaikum,

Salah satu tempat wajib sampai di Singapore sudah tentulah Universal Studio Singapore (USS). USS ini merupakan taman tema yang menarik dan besar. Jika nak jelajah satu hari pun tak cukup jadi kita kena pandailah pilih taman tema mana yang kita nak explore dulu.

Let's go to USS

Disini aku kongsikan cara ke USS dengan menaiki bas:

1. Naik kat bus stop depan Park Royal Hotel

2. No bas 100

3. Turun depan Vivo City 

4. Naik ke lantai 3 Vivo City untuk ke sentosa station dan turun di Waterfront station 

5. Tiket Express way berharga $4 return

Masuk sahaja pintu USS memang jatuh rahang teruja tengok senibina dalam itu. Kami disambut oleh Despicable. 

Gru


Pertama sekali kami ke zone RIDES jom tengok apa yang best.

(i) Madagascar
Join Alex, Marty, Melman and Gloria the 4 heroes.

Madagascar

Kat sini kita boleh menaiki bot menulusuri sungai untuk melihat 4 karator hero Madagascar ini. Tak takut pun naik bot ini enjoy jer tengok citer dorang.



(ii) Transformer The Ride: The Ultimate 3D Battle

Kalau nak merasa macam mana battle seperti dalam movie transformer bolehlah naik ride ini. Memang pening kepala aku masa masuk dalam kereta robot ini. Aku takut tercampak weh siapa plak nak kutip nanti... hahahaha


Orang nak cuba ride ini jangan cakaplah memang ramai tengoklah kita orang beratur macam mana panjang itu sampai lenguh kaki. Aku rasa lain kali datang USS ini better  beli tiket fast line saja.


(iii) Battlestar Galactica: Human or Cylon

Ride ini yang paling menakutkan dan mencabar. Aku memang tak berani nak cuba pun. Masa ini yang cuba anak buah aku dan anak kawan aku saja. Orang muda darah muda kan so keberanian itu lebihlahkan.



Tengoklah track dia pun dan ngeri... ehehehe kami yang berani tengok sajalah.


(iv) Treasure Hunt

Ride ini paling okay, kalau nak bawak budak dalam umur 5 tahun kebawah memang sesuailah naik motorkar jalan sendiri saja di trail. Aku suka jalan-jalan tengok peti truesuare hunt tengok kumbang.


(v) Jurassic Park Rapids Adventure

Ini ride paling best. Siap boleh basah baju. Naik bot dan rasa sendiri nak selamatkan diri dari dinosaur. Ride ini tak extreme bolehlah kalau bagi yang tak berani dengan kelajuan dan tempat tinggi. Selamat ride ini.



(vi) Puss In Boots' Giant Journey

Ini pun roller coaster macam di Battlestar Galactica tapi tak extreme lah. Bolehlah naik untuk santai-santai nak merasa naik roller coaster.


(vii) Enchanted Airways

Roller coaster ini pun sesuai untuk bawak keluarga tak extreme. Kalau nak rasa terbang dengan Naga bolehlah naik... kah...kah...kah


Kat sini juga tempat kita orang singgah lunch.

(viii) Revenge of the Mummy

Aku tak masuk ride ini sebab ride dalam ini pun jenis roller coaster yang agak extreme so amik gambar sajalah kat sini. Beratur pun boleh tahan panjang juga.


Selesai sudah di zone rides itu pun tak habis pergi pun...

Sekarang jom ke zone SHOWS

(i) Lights, Camera, Action!

Dalam ini ada pertunjukkan macam mana dorang buat scene dalam filem dalam suasana ribut, meletup dan terbakar. Memang real. Siap ada yang menjerit-jerit lagi. Studio ini ilham dari pengarah terkenal Steven Spielberg tapi disini tak dibenarkan mengambil gambar.


(ii) WaterWorld

Pastikan korang masuk untuk tengok aksi stunt di waterworld ini. Memang best. Aku nasihatkan jangan duduk bangku depan nanti basah dorang simbah air. Kalau nak selamat duduk atas-atas sikit.


Kat sini sudah tentu ramai orang kena cepat-cepat beratur tunggu giliran masuk.



Disini showsnya bermula banyak aksi stunt, letupan dan last sekali kapal terbang keluar.


(iii) Shrek 4-D Adventure

Kalau nak tengok movie dalam 4-D datanglah ke sini. Movie pendek ini ceritanya mengenai macamana Shrek ini tolong Princess Fiona dan kita boleh tengok watak mereka itu betul-betul depan mata kita sebang guna OrgeVision yang dorang berikan. Nanti boleh rasalah kat tempat duduk kita itu orang hembus telinga kena renjis dengan air macam-macamlah. Best!


USS ini dibahagikan 4 zone utama iaitu rides, shows, street entertainment dan meet & greet. Kalau sempat bolehlah explore semua kalau tak mana yang dan sahajalah.


Rasanya kaki kami semua dah letih dan lenguh rehatlah sekejap makan jajan kat sini sambil tengok orang lalu lalang. Banyak lagi tempat nak expplore tapi dah tak larat setakat ini jelah yang sempat masuk.

ANEKDOT:
Aku beli tiket USS di KLOOK senang saja klik dan buat tempahan disini sampai sana tak perlu beratur untuk membeli tiket boleh mengelakkan kesesakan dan lambat untuk masuk ke USS.


Catat Ulasan

0 Ulasan