Subscribe Us

INI SEBABNYA SURAH TOHA ELOK DIJADIKAN DOA PELEMBUT HATI

Selalunya apabila ada parents tanya doa lembutkan hati anak-anak agar suka mengaji & mudah ikut cakap ibu-bapa, saya sarankan baca Surah Toha ayat 1-5. Nak tambah baca surah ‘Alam Nasyrah’ pun boleh. Amalkan ayat 19 Surah Syura pun bagus. 

Untuk surah Syura, anda baca ayatnya 19x, tiupkan pada air & bagi anak minum. Itulah petua yang beberapa ulama sarankan. 

Semuanya insyaAllah mujarab apabila Tuhan izinkan. Cuma dalam urusan melembutkan hati, saya lebih berkenan jika kita amalkan Surah Toha ayat 1 hingga 5. 
Bukannya apa, ada kisah menarik yang menunjukkan kemujarabannya. Orang paling keras hati pun boleh jadi lembut hati dengannya. Anda tahu sejarah agung itu? 

Ini kisahnya :

Ia berkait rapat dengan Saidina Umar r.a, khalifah islam kedua. Sahabat yang terkenal dengan sikapnya yang tegas & berprinsip. Sebelum memeluk islam, beliau dikenali sebagai ‘gedebe’ besar, musuh islam nombor satu. Impiannya waktu tu hanyalah satu : ingin hancurkan dakwah Rasul keseluruhannya.

Sampailah suatu waktu, Umar yang ketika itu masih belum memeluk islam) bersungguh mencari Rasul dengan hasrat ingin membunuhnya. Tiba-tiba rakannya Nuaim bin Abdullah menyapa, ‘Umar, kau tahu tak yang adik perempuanmu telah masuk islam?’

Berubah air muka Umar. Terus dia ‘u-turn’ & bergegas ke rumah si adik untuk pastikan, adakah sahih berita tersebut?

Nampaknya khabar itu benar. Sesampai sahaja Umar di rumah adiknya Fatimah, dia mendengar sayup-sayup suara bacaan Al-Quran sedang ditelaah. Lagak bak samseng besar, Umar terus merempuh masuk tanpa mengetuk pintu. Terperanjat Fatimah dengan kedatangan si abang yang langsung tidak dijangka.

Yang paling merisaukannya adalah apabila Umar tiba-tiba meminta, ‘Fatimah, berikan aku kertas yang kamu baca!’. Fatimah enggan kerana yang dibaca merupakan lembaran ayat Al-Quran. Mana mungkin ayat semulia ini diberikan kepada manusia kejam & keras hati?

Tetapi Umar berkeras. Terus ditampar wajah Fatimah hingga cedera adik perempuannya itu. Melihatkan darah mula meleleh dari wajah adik kandung sendiri, tiba-tiba datang penyesalan di hati Umar. Dimintanya sekali lagi lembaran mulia dengan cara lebih lembut & kali ini, Fatimah tergerak menyerahkannya.

Umar mula membaca ayat Al-Quran yang dikhabarkan sebagai Surah Toha ayat 1 hingga 5. Setelah itu terjadi peristiwa tidak disangka. Umar, seorang yang berperwatakan kejam, keras & musuh islam nombor satu tiba-tiba disapa hidayah. Tergerak hatinya memeluk islam, berubah menjadi ‘bodyguard’ Rasul & pembela islam nombor satu dek sapaan kelembutan wahyu Ilahi yang dibacanya.

Jika Umar manusia paling degil & keras hati pun boleh ‘cair’ & berubah 180 darjah dengan sapaan Surah Toha, takkanlah anak kita yang hatinya jauh lebih lembut tidak terkesan?

Amalkanlah ayat ini & berdoalah sepenuh hati. Yakinlah, doa Gred A yang diamalkan oleh si ibu pasti Tuhan dengari. Pasti Tuhan layani dengan jawapan terbaik. 

Selain itu pesan ulama, antara ikhtiar lain untuk permudahkan urusan adalah dengan memperbanyakkan bersedekah. Banyak hadith menjanjikan : dengan bersedekah, urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (via sedekah), Tuhan lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita. 

What you give, you get back, 10 kali ganda dari Allah.

Saya nak kongsi peluang bersedekah ke tempat yg amat berkah. Kita sedekah/infaq Al-Quran kepada pelajar tahfiz. Pelajar-pelajar ni setiap hari mengaji. 24 jam tu depa buat amal soleh je. Doa mereka saya yakin lebih makbul. 

Kita infaqkan Al-Quran untuk mereka guna mengaji setiap hari dan mohon anak-anak ni doakan kemudahan hidup kita dunia akhirat. InsyaAllah pahala mengaji depa ni akan kita perolehi berterusan tak putus-putus sapai hari kiamat.

Kami ada menguruskan program waqaf Al-Quran kepada pelajar tahfiz seluruh Malaysia menerusi program infaq Ahlullah. Hampir 800 Al-Quran telah kami serahkan kepada beberapa maahad tahfiz. Anda boleh ikuti perkembangan penyerahan Quran waqaf tersebut di Fb khasnya : Program Infaq Ahlullah.

Jemput sertai waqaf Al-Quran kepada anak-anak bertuah ni. Kita bantu mereka pandai mengaji & jadi ulama menerusi AlQuran yg diwaqafkan. Moga Tuhan mempermudahkan urusan kita bersama.

Anda boleh mewaqaf dengan melayari link ini ya : 

http://bit.ly/qurantahfiz
http://bit.ly/qurantahfiz

Moga semuanya ada berkah, amin.

Sumber: FB Ust Asraff Ayobb

Catat Ulasan

0 Ulasan