Subscribe Us

Tips Dan Amalan Untuk Jualan Laris Manis

Assalamualaikum,

Tahun 2020 ini kita semua hidup dalam norma baru dan dugaan bagi yang menjalankan perniagaan. Bagi yang berniaga pasti strategi dan teknik yang lebih menarik dan baru harus dilakukan bagi menarik ramai pelanggan dan terus membeli produk mereka. Berurusan secara digital dan online bukan satu urusan yang mudah. Pelbagai aspek juga harus diambil kira secara terperinci bagi memastikan setiap pelanggan menerima dan berpuashati dengan perkhidmatan yang kita berikan.

Di sini aku nak berkongsi amalan bagi untuk melariskan perniagaan dan cepat laris produk yang kita jual. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat untuk mendapat pendapatan yang lumayan. Apa yang penting kita buat amalan ini tanpa ada rasa jemu dan jangan mudah berputus asa. Amalan yang berterusan akan memberi kesan yang berpanjangan.


Tonton, dengar dah catat ya sehingga habis. Mudah-mudahan dengan amalan ini kita dilindungi dari penipuan, kerugian, kecurian, sihir, kezaliman dan sebagainya. Semoga dengan menyebut nama Allah yang maha kekal kita mendapat berkah, perniagaan dipermudahkan segala urusan, untung besar dan jualan laris manis.

Dibawah ini bacaanya. Dibaca sebanyak 102x pagi dan petang. Lebih diutamakan dibaca setiap solat 5 waktu dibaca sebanyak 102x.
Semoga banyak manfaatnya dengan amalan ini. Aamiin.

💜💜💜💜💜

Al-fatihah (di baca) buat Ustaz H.Rizqi Dzulqornain al-Batawi MA yang telah pulang ke Rahmatullah pada 24 September 2020.

Catat Ulasan

0 Ulasan