Subscribe Us

ELOK BACA SELAWAT NI UNTUK MENGELAK LUPA

Antara perkara yang paling menggembirakan kita ialah apabila dapat menghafal Surah banyak fadhilat seperti Surah MULK, YASIN, SAJADAH dll.

Cuma satu je kekangannya : ada waktunya kita terlupa. Namun perkara ini normal tuan-puan. Saya yang hafal 30 juz ni pun lagi banyak lupa. Kadang-kadang paginya dah mengulang, tapi bila baca semula waktu petang, ayatnya 'hilang' entah ke mana. Confuse.

Maka, selain menyusun jadual mengulang, saya juga mengamalkan beberapa DOA, SELAWAT & ZIKIR untuk menguatkan ingatan serta mengurangkan masalah lupa.

Doa & zikir saya dah share dalam program Kaedah Jibril Masterclass. Cuma amalan selawat je belum lagi & pagi ni saya nak share. Anda boleh amalkan.

Tok guru saya pesan dulu, elok baca selawat ni 100x lepas solat subuh. Tapi kalau tak sempat, baca 3x pun boleh.

Ini selawatnya (dlm gambar).

Kita berharap dengan berselawat kepada kekasihNya, Rasulullah s.a.w, ia menjadi PENYEBAB untuk Allah menurutkan 10 kali ganda rahmatNya kepada kita.

Rahmat dalam bentuk : mengukuhkan ingatan surah yang dihafal.

Begitulah fadhilat selawat yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w : 

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللَّهِ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ثُمَّ لْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لْيَدْعُ بَعْدُ بِمَا شَاءَ
"Apabila salah seorang di antara kamu bersolat, maka hendaklah dia memulai (doanya) dengan memuji Allah SWT, kemudian berselawat kepada Nabi SAW, kemudian berdoa setelah itu dengan doa yang dia kehendaki." (hadith riwayat Tarmizi)

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
'Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10x (hadith riwayat muslim)

Oh ya, anda pernah cuba hafal surah MULK, SAJADAH dll tapi tak ingat sangat? Jika ada hadapi masalah tersebut, saya nak kongsikan solusi mudah iaitu :

Saya nak share teknik menghafal surah-surah yang selalu dibaca setiap hari (Mulk, Sajadah, Yasin dll) dengan cara lebih mudah, tanpa stress.

Tekniknya dipanggil KAEDAH JIBRIL.

Dalam program ni saya share semua ilmu menghafal yang wajib anda tahu : cara nak menghafal, cara nak mengulang, apa nak dimakan, doa perlu dibaca, Quran yg sesuai digunakan hatta kalau terlupa, zikir apa yg bagus dibaca pun saya share.

Alhamdulillah, dah 2,080 pelajar kami menghafal dengan teknik ini & ingatan mereka sekarang lebih kuat. Rileks je depa baca Surah Mulk dlm solat tanpa risau terlupa 🙂.

Pembelajarannya selama 3 minggu & senang nak follow sebab guna Fb live, secara online je. Belajar di rumah pun boleh. Kami bekalkan workbooknya sekali.

Untuk maklumat lanjut & pendaftaran, boleh layari website ini ya :


Perkongsian dari FB Ustaz Asraff Ayobb

Catat Ulasan

0 Ulasan