Subscribe Us

Things To Do In Terengganu: Pesona Pulau Perhentian Besar

Kali ini aku nak berkongsi cerita tentang Pulau Perhentian Besar di Terengganu. 

Sempena PKPB di Selangor, WP KL, WP Putrajaya dan Sabah yang bermula 14/10/2020 sehingga 27/10/2020, tak boleh nak pergi melancong bila tengok balik gambar-gambar jejalan ini rasa rindu pulak. Terutama nak pergi pulau dan lihat keindahan ciptaan Allah swt. Subahanallah.

Waktu ini aku ke Pulau Perhentian Besar selama 3 hari 2 malam pada 13-15 May 2016. Sahaja nak tulis tarikh untuk ingat sebagai kenangan. 

Kalau kita tak mampu pergi ke Maldives kita boleh terjah ke Pulau Perhentian Besar ini. Jimat pun jimat juga disamping dapat memberi sumbangan kepada ekonomi penduduk tempatan dan negara, betul tak? 

Untuk ke Pulau Perhentian lebih dekat kita datang dari Kota Bahru, masa ini AirAsia ada buat promo memang murah tambangnya. Dari Airport Kota Bahru kami sudah booking pemandu untuk membawa kami ke Jeti Kuala Besut.
Alhamdullilah sudah selamat mendarat di Airport Kota Bahru. Perjalanan kami diteruskan ke Jeti Kuala Besut. Sampai sahaja Jeti, OMG! memang penuh dengan lautan manusia, siapa kata tak ramai orang datang melancong dalam negara sendirikan. But, how did they know about my private beach party? *sambil juling mata keatas* drama sangat... ehehehe
Pulau Perhentian ini ada dua;
(i) Pulau Perhentian Kecil
(ii) Pulau Perhentian Besar

Tapi destinasi aku ke Pulau Perhentian Besar, yihhaaaaa! Dari Jeti Kuala Besut ini kami bergerak menaiki feri untuk sampai ke Pulau Perhentian Besar. Dalam feri memang penuh dengan penumpang sebab feri ini menghantar penumpang untuk kedua-dua pulau kecil dan besar.
Suasana dalam feri.

Selamat datang ke Jeti Pulau Perhentian Besar, aku pun baru pertama kali sampai sini turun saja pun sudah terpinga-pinga melihat sekeliling dengan lautan terbentang luas dan membiru memang cantik.
Ini nak menuju ke chalet tak sabar nak check in, nak sejukkan badan, mandi dan relax... huhuhu... sebelum nak dapatkan kunci ada disediakan warm cocktail.

Pakej untuk ke Pulau Perhentian Besar ini aku beli secara online dengan harga RM440.00 seorang memang berbaloi, pakej yang disediakan ialah:

(i)   Electricity 24 hours/Air Conditioner Room (Tripple Sharing) 
     - rasanya di Pulau Perhentian Kecil bekalan electricity ada mengikut jadual tidak 24 jam.
(ii)  2 breakfast, 2 lunch, 2 dinner
(iii) Boat return to Pulau Perhentian from Jeti Kuala Besut
(iv) Fee for marine park
Di Pulau Perhentian Besar ini taman lautnya di hadapan chalet sahaja. Tak perlu nak naik bot lagi ke taman laut. Taman lautnya sudah terbentang luas di depan mata, apa lagi capai alat snorkeeling bolehlah berendam berapa jam pun yang kita suka.
Cak! Ikan selar, welcome to the board kata ikan itu...hahaha. Sesekali masuk ke alam ikan ini best jugakan, kat atas panas bawah air suam-suam kuku je, best!
Sudah penat menyelam kami bersiap-siap pula nak makan malam di restoran chalet. Inilah senang kalau sudah amik pakej tak perlu lagi risau nak isi perut bila lapar. Hidangan makan malam secara buffet boleh makan sampai kenyang, tak cukup lagi kita tambah lagi.
Tengoklah hidangannya memang sedap dan menyelerakan.

Lepas aktiviti makan malam kami pun bersantai dan berjalan-jalan keliling pulau ini. Sambil melihat keindahan SUNSET dan menghayati keindahan pulau di pandangan mata.

Memang awesome dan romantik 😊
Sesekali amik gambar teknik bayang gelap...ngeh...ngeh...ngeh

Ini sunset baru nak tenggelam tengoklah air laut yang biru dan kaki langit yang sudah bertukar warna.
Masih ada lagi keluarga yang asyik bermain di tepi pantai...

Aktiviti seterunya kami tempah ke Pulau Rawa untuk island hoping. Perrgghh... memang cantik pemandangan di tengah laut. Bagi yang suka aktiviti snorkeling memang kena datang sini, memang cantik dan banyak ikan. Aku tak berani nak snorkeling sebab aku ini penakut air... 😓 Aku bagi ikan makan roti atas bot jerlah... uuwwwuuu

Anak buah aku beranilah turun tengok ikan dalam laut itu. Balik Kolompo nanti gelap jangan salahkan matahari plak ya... ekekeeke
Sudah cukup 3 hari 2 malam, tiba masanya ucapkan selamat tinggal kepada semua makhluk di Pulau Perhentian Besar yang sangat cantik dan tenang ini. Kalau nak ikutkan memang tak puas lagi nak berada disini tapi tak apalah lain kali kita datang lagi.
Tengoklah kulit pun memasing sudah gelap dek kerana sunburn walaupun dah tempek tebal sunblok. Untuk ke mainland, kami kena menaiki speed bot yang memang boleh tahan lajunya. Bot pun botlah janji selamat sampai jeti.
Tengoklah speed bot yang nak amik penumpang di jeti seterusnya lajukan.
Lepas ini Kota Bahru tunggu kami datang pulak ya!

Catat Ulasan

0 Ulasan