Subscribe Us

Selawat Jibrail

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang,

Semenjak PKPP ini, aku bekerja pun banyak dari rumah boleh dikira dengan jari saja masuk ofis. Dengan rezeki masa yang Allah berikan ini aku sempat juga melayari youtube channel dan mencari fadhilat Selawat Jibrail. Tekan saja button search banyaknya tentang Selawat Jibrail ini. Ada pelbagai versi rupanya, tinggal kita pilih saja ikut kemampuan kita untuk diamalkan.

Tak sangka fadhilat bila berselawat ini memang banyak dan dasat. Tambahan masa PKPP ini ramai yang secara mentaliti down dan hilang punca pendapatan. Serabut fikir macam mana nak melunaskan hutang dan masalah-masalah lain lagi.

Bagi aku salah satu cara kita berikhtiar secara rohaniah bolehlah mengamalkan Selawat Jabrail ini, nanti aku kongsikan youtube channel dari Yayasan Al-Muafah untuk cara mengamalkan. Semoga usaha kita mendapat pahala dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat nanti.

Dengar dan lihat sehingga habis ya caranya ini!
Kaifiat Mengamalkan Selawat Jibril Plus sanadnya. Jangan Pernah mengamalkan sesuatu dari seseorang yang tidak memiliki sanad yang bersambung kepada para ulama sampai kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam

Ijazah Shalawat Jibril

sholawat: 

صلى الله على محمد

Semoga kita semua sentiasa dilindungi, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, diberi ilmu yang berguna dan sentiasa dilindungi Allah selalu.

💕💕💕💕💕

Al-fatihah (di baca) buat Ustaz H.Rizqi Dzulqornain al-Batawi MA yang telah pulang ke Rahmatullah pada 24 September 2020.

Catat Ulasan

0 Ulasan