Subscribe Us

Langkah Mendaftar Kursus Pendek Di Kolej Komuniti

Assalamualaikum,

Sudah dua minggu berturut-turut aku mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti. Menarik kursus-kursus yang diadakan di setiap Kolej Komuniti kita hanya perlu memilih tempat dan kursus yang berkenan dihati. Harganya sudah tentu berbaloi dan murah dari kursus di luar yang cajnya beratus ringgit.

Dua cerita Kolej Komuniti.

(i)

19-20 September 2020
Kolej Komuniti Temerloh
Yuran: RM50.00 (untuk 2 hari)

Di sini aku dan kakak aku mengambil kursus pendek "Intermediate MS Excel". Kursus ini dijalankan selama 2 hari kerana banyak info yang perlu disampaikan.

Bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan untuk tugasan kerja, memang baik untuk mengambil kursus ini. Memang banyak cara yang mudah dan kita tak tahu diajar dalam kelas ini. Kursusnya menyeronokkan setelah tahu apa fungsi setiap ribbon dalam excel. Selepas ini kerja kita lebih mudah dan cepat. 

Lecturernya pun best dan cara mengajarnya penuh dengan dedikasi dan kesabaran serta mudah untuk difahami.

(ii)

26 September 2020
Kolej Komuniti Hulu Langat
Yuran: RM20.00

Di sini kami belajar Asas MS PowerPoint. Tujuannya sama juga untuk memantapkan lagi kemahiran dan juga untuk memudahkan kami menyiapkan tugasan di pejabat.

Menarik belajar MS PowerPoint ini tak membosankan, sebab tak banyak gunakan text dan banyak belajar transition dan animation yang jarang kita gunakan. Bila sudah tahu gunakan memang seronoklah buat slides. Barulah tak mengantuk kalau nak buat slides presentation nanti. Dalam MS PowerPoint ini memang banyak gunakan trick dan lebih mudah diapplikasikan.

Untuk pengetahuan semua setiap kehadiran kursus ini pihak Kolej Komuniti ada menyediakan sijil.

💝💝💝

Ini langkah-langkah untuk mendaftar Kursus Pendek di Kolej Komuniti. Macam aku daftar secara online lebih mudah.
Nak hasilkan template diatas ini, aku hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk menyiapkannya. Mudahkan bila kita sudah tahu menggunakan MS PowerPoint. Lepas ini diharap kita lebih kreatif dan semakin mahir dalam bidang kerja kita.

Jangan pernah jemu untuk menuntut ilmu walau dimana saja berada. Ilmu itu pun rezeki. Semoga ilmu yang kita perolehi dapat digunakan dengan sebaiknya dan menambah pahala kita di akhirat nanti.

💋💋💋

Masa update blog ini tengah lagu Danger by The Boyz.... semangat dan untuk hilangkan mengantuk.
Suka tengok reaction ONF Wyatt dan Etion memang kelakar. Tengok dengan penuh teruja dan perasaan. 

Semoga kita semua juga selalu teruja dan gembira untuk mencari ilmu dan meningkatkan kemahiran diri.

Catat Ulasan

0 Ulasan