Subscribe Us

Road To Kingdom Bersama The Boyz

Salam Kasih Sayang,

Aku suka tengok program survival Road To Kingdom (RTK) ini. Di sini para idol berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam pelbagai genre musik, tak terikat dengan hanya satu genre sahaja. Warna-warni dalam musik dapat mereka aplikasikan dan tunjukkan dalam RTK ini. Semua peserta dalam RTK adalah berbakat besar.

Semangat setiap team yang ditunjukkan memberi motivasi kepada orang lain. Kerjasama, idea, kareografi, sinematografi, konsep dan cerita yang dipersembahkan memang mengagumkan penonton. Di samping itu juga setiap peserta dan penonton boleh belajar susunan dan konsep yang mereka persembahkan.

Antara peserta dalam RTK ini:

Pentagon
ONF
Golden Child
The Boyz
Verivery
Oneus
TOO

Di sini aku kongsi tema setiap episode dalam RTK ini. Bagi aku setiap persembahan memang mencabar, memerlukan komitmen dan konsep cerita yang jelas untuk penonton berfikir dan menghayati cerita yang hendak di sampaikan.
Terus terang aku katakan sehingga hari ini aku masih lagi tak boleh nak move on, hari-hari tengok persembahan terutamanya The Boyz di channel youtube. Setiap cerita dibelakang takbir sehingga hari persembahan memang menghiburkan. Ditambah lagi bila melihat reaction dari kumpulan lain memang kelakar.

Hari ini aku nak berkongsi setiap persembahan dari The Boyz mengikut tema dalam setiap episode.

(i)

Preliminary Performances - 90 Seconds Performances
- Sword of Victory


Berkonsepkan hwarang di zaman Joseon. Custom yang dikenakan membuatkan setiap team members kelihatan mempersonakan. Ini kalau pergi mengorat bukan jatuh cinta pandang pertama rasanya dah jadi jatuh cinta berkali-kali. Aksi terbang dan berani Changmin memang buat orang lain berkata woww! Aku memang suka tengok team ini setiap member bersungguh dalam persembahan ini. Kemenangan di beri kepada team The Boyz.

"This is Epic performance"

The Boyz - Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Juhaknyeon, Sunwoo dan Eric.

(ii)

1st Performances - Song of King
- Danger original song by Taemin


Jalan cerita untuk persembahan Danger ini ada pelbagai gimik. Ada magik, ada stunt, ada terbang dan macam-macam lagi. Berbeza persembahan dari team The Boyz ini memang tak terfikir pun lagu solo ini boleh disusun dan dinyanyikan seramai 11 orang. Konsepnya menarik, jalan cerita tentang 11 orang pencuri untuk mencuri mahkota memukau para penonton. Syabas The Boyz. Sekali lagi kemenangan kepada The Boyz.

"The Boyz stages are iconicThe Boyz - Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Juhaknyeon, Sunwoo dan Eric.

(iii)

2nd Performances - My Song
- Reveal (Catching Fire) by The Boyz


Setelah menang dalam dua persembahan berturut-turut, The Boyz semakin bersemangat dan melahirkan idea baru untuk persembahan yang seterusnya. Aksi berani Hyunjae dan Sunwoo menambahkan lagi kesempurnaan cerita dalam Reveal (Catching Fire). Tak ketinggalan juga kecekapan Changmin memangsang api bila lirik Tonight we cahtching fire antara Hyunjae dan Juyeon dinyalakan. Bagi aku The Boyz ini memang berani dan bersungguh untuk membuat persembahan yang terbaik. The Boyz masih lagi mengekalkan kemenangan.

"This stage is a masterpiece, the ending is amazing!"

The Boyz - Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Juhaknyeon, Sunwoo dan Eric.

(iv)

3rd Performances - Part 1 (Collaboration) + Part 2 (Your Song)
- Part 1: The Boyz & Oneus - Heroine by Sunmi


Aku enjoy tengok collaboration ini, sepadan pula bila The Boyz dan Oneus bergabung. Lagu pilihan mereka juga sesuai untuk kedua-dua team ini. Lagu ini memang tentang mereka yang susah senang untuk menjadi seorang idol. Tengok saja reaksi wajah masing-masing ceria sahaja. Tapi sayang collaboration ini mereka tempat ketiga. Kali ini Kill This Love oleh Pentagon dan ONF telah memenangi collaboration ini.

- Part 2: Quasi Una Fantasia (Shangri-La by VIXX)


Lagu ini telah diberi oleh Oneus kepada The Boyz.Bagi aku The Boyz ini memang tak ada masalah, bagi sahaja lagu apa pun team ini akan mencari idea dan kelainan disetiap persembahan mereka. Aku suka custom dalam Quasi Una Fantasia ini. Putih. Bersih. Sejuk mata memandang dan konsep cherry blossom ini menambahkan lagi kelembutan dan dapatlah kita lihat sisi lain mereka. Setiap persembahan dan pergerakan mereka teratur dan kemas. 
Aku suka tengok aksi human piano dan formation VIXX yang dipersembahkan. Dalam episode ini The Boyz telah memenangi tempat kedua. It Raining oleh ONF telah memenangi episode ini.

"Awesome and well done!" The Boyz Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Juhaknyeon, Sunwoo dan Eric.

(v)

Final Live Comeback Stages
- Checkmate by The Boyz


Persembahan yang penuh mendebarkan dan terakhir. Susunan cerita kali ini The Boyz mulakan dari peringkat awal episode dari Sword of Victory, Danger, Reveal (Catching Fire), dan Checkmate oleh The Boyz telah dinobatkan sebagai pemenang. Kalau nak tengok orang menari dalam box chess, tengoklah Hyunjae dan Juyeon menari, memang bijak idea itu.

"Congratulations on your well-deserved success" The Boyz - Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Juhaknyeon, Sunwoo dan Eric.

Catat Ulasan

0 Ulasan