Subscribe Us

Bunga Raya Bouquet Dalam Kdrama Backstreet Rookie

Assalamualaikum,

Semoga saudara dan sahabat sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dapat melangsaikan segala hutang dengan semudah-mudahnya.

Hari ini nak berkongsi cerita tentang bunga raya. 

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.(https://ibnismail.wordpress.com/2008/08/21/kenapa-bunga-raya-dipilih-sebagai-bunga-kebangsaan/)

Kenapa tertarik nak cerita pasal bunga raya ini, tertarik setelah tengok KDrama Backstreet Rookie lakonan sweet, romantik dan komedi dari Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung. Ketika Jung Saet Byul (Kim Yoo Jung) di masukkan ke hospital, kawan karib Saet Byul iaitu Puppy (nama gelaran bagi Kim Min-Kyu) memberikan bouquet sejambak Bunga Raya merah kepada Saet Byul. 
Tengok cantik jugakan bila bunga raya diletakkan dalam bakul sejambak. Okay juga kalau nak bagi bunga raya ini selain rose, tulip dan lavender. Memang kreatif orang yang buat bouquet ini, rasanya di Malaysia pun tak buat pun lagi.

Tak sangka dalam KDrama ini muncul pula bunga kebanggaan Malaysia. Bangga juga bila orang luar pun tahu betapa unik dan cantiknya bunga kebangsaan kita itu. Semoga Malaysia terus makmur dan bebas dari gejala penyakit dan bencana alam.

Catat Ulasan

0 Ulasan