Subscribe Us

True Beauty

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita tentang kdrama True Beauty. 
Sebenarnya kdrama ini masih lagi belum tamat tapi aku sengaja dan teruja nak bercerita tentang webtoon Yeoshingangrim dan nama dalam dramanya ialah True Beauty. Pasti asyik!!

Mari kita ke sinopsis cerita ini. Cerita ini mengisahkan Im Ju-Kyung adalah seorang pelajar sekolah menengah. Sejak kecil, dia mempunyai kompleks tentang penampilannya. Untuk menyembunyikan wajahnya yang bermasalah, Im Ju-Kyung selalu memakai solekan. Kemahiran solekannya yang sangat baik menjadikannya cantik dan dia menyembunyikan wajahnya yang bermasalah di hadapan orang lain. Dia terlibat dengan 2 lelaki; Lee Soo-Ho dan Han Seo-Joon.
Sinopsis Episode 9 dan 10 Drama True Beauty, Su Ho Putusin Lim Ju Kyung
Photo
Cerita ini merupakan sebuah cerita romantik komedi. Banyak scene yang mencuit hati. Yelah cinta budak sekolahkan. Memang kelakar bila ada adegan usik mengusik antara Im Ju-Kyung, Lee Soo-Ho dan Han Seo-Joon. Si Lee Soo-Hoo yang beku seperti ais dan berbeza dengan Si Han Seo-Joon yang lebih caring dan misteri.

Im Ju-Kyung mula jatuh hati kepada Lee Soo-Hoo ketika dia pertama kali mendaftar ke sekolah baru. Im Ju-Kyung dan keluarganya terpaksa berpindah semula ke rumah lama mereka kerana bapa Im Ju-Kyung kena scam dan mereka terpaksa menjual rumah baru mereka untuk melangsaikan hutang tersebut. Im Ju-Kyung ini disekolah lamanya sering dibuli kerana rupanya yang tidak cantik dan bila ke sekolah baru dia bertekad untuk mengubah penampilannya yang sungguh menawan.
Pertama kali Lee Soo-Hoo bertemu Im Ju-Kyung, ketika itu Im Ju-Kyung buat cobaan untuk membunuh diri di sebuah bangunan kerana terasa terhina dengan hinaan rakan sekolah lama beliau. Nasib baik Lee Soo-Hoo nampak dan cepat-cepat menarik Im Ju-Kyung untuk terus terjun dari roof top bangunan tersebut. 
Muka kesian sbb kena ceramah dgn Oppa Lee Soo-Hoo
Selepas kejadian tersebut mereka berdua ini sering terjumpa tanpa sengaja di Prince Comic tempat menyewa dan membaca komik seram. Tak sangka mereka berdua ini peminat komik seram. 
10 Momen Manis Moon Ga Young-Cha Eun Woo di True Beauty, LDR?
Dari pelbagai coincidence akhirnya Lee Soo-Hoo dapat trace ini Im Ju-Kyung teman baru sekolahnya dan orang yang dia selamatkan ketika Im Ju-Kyung ingin membunuh diri. Rupanya mereka berdua ini sudah kenal dari kecil, hanya Lee Soo-Hoo saja je yang perasaan kawan yang dia jumpa masa mereka kecil di Prince Comic tu adalah Im Ju-Kyung setelah melihat album baby Im Ju-Kyung.
Muka panic attack Im Ju-Kyung bila Lee Soo-Hoo tahu identitinya sebenarnya...
Cinta Lee Soo-Hoo kepada Im Ju-Kyung ini memang cinta sejati walaupun dia tahu Im Ju-Kyung ini cantik kerana makeup tapi itu tak penting bagi Lee Soo-Hoo. Bagi Lee Soo-Hoo yang penting Im Ju-Kyung itu wanita yang sentiasa berada di sisinya sewaktu dia bersedih dan memerlukan.
True Beauty Episode 7: Soo Ho and Ju Kyung talk at Prince Comics - YouTube
Lee Soo-Hoo tengah memujuk Im Ju-Kyung sebab dia sedih mak dia nak buang semua makeup miliknya
10 Momen Manis Moon Ga Young-Cha Eun Woo di True Beauty, LDR?
Han Seo-Joon ini merupakan pesaing Lee Soo-Hoo, mereka ini dulu sahabat baik tapi ada satu kejadian yang membuatkan mereka ini menjadi musuh. Itu korang kena tengoklah full dramanya...ehehehe Oleh kerana mereka bertiga ini satu kelas segala gerak-geri Lee Soo-Hoo dan Im Ju-Kyung ini sentiasa dalam perhatian Han Seo-Joon. Han Seo-Joon dan Im Ju-Kyung ini boleh dikatakan pasangan Tom & Jerry ada je benda yang dorang nak gaduhkan. Tapi sebenarnya Han Seo-Joon inilah tempat Im Ju-Kyung meluahkan segala masalahnya. 
Tom & Jerry Partner
Pada mulanya Han Seo-Joon ini taklah berminat dengan Im Ju-Kyung selapas dari satu insiden ke insiden membuatkan hatinya juga terpaut dengan Im Ju-Kyung yang baik hati itu. Perrgghh! bayangkan jadi rebutan dengan dak hot sekolah tu. Ini babak bergaduh rebutkan Im Ju-Kyung, memang kelakar...
Saat Tom & Jerry Han Seo-Joon dan Im Ju-Kyung.
Bila aku tonton drama ini macam ada dua team penyokong pulak, Team Lee Soo-Hoo dan Team Han Seo-Joon. Kalian nak sokong team mana ini? 
The Clash Has Finally Begun: Are You Team Lee Su Ho or Team Han Seo Jun? |  KDramaStars
Han Seo-Joon | Lee Soo-Hoo
Bagi aku nak sokong Team Han Seo-Joon sebab tengok sifat caring dan pelindung dia tu...ekekeke. Bagi aku Lee Soo-Hoo dan Han Seo-Joon ini dua-dua baik dan penyayang. 
Tapi apakan daya jodoh, masa dan takdir telah tertulis Lee Soo-Hoo itu untuk Im Ju-Kyung kan? Jauh macamana pun kalau sudah jodoh itu pasti bertemu jua 😊
Kata Im Ju-Kyung kalau buat hajat semasa turunnya salji pertama di Namsan Tower hajat akan dimakbulkan, memang betul pun setiap tahun Im Ju-Kyung menunggu Lee Soo-Hoo akhirnya setelah 3 tahun bertemu juga cinta sejatinya.
Babak sweet Lee Soo-Hoo-Im Ju-Kyung...

Babak sweet Han Seo-Joon-Im Ju-Kyung...

Kalau kalian ingin menonton drama ini boleh klik di dramacool

💘💘💘
Mari kita dengarkan salah satu OST dari True Beauty ini, best lagunya. 
"YUJU (GFRIEND) - I'm in the Mood for Dancing"

"Love Is Fine by Cha Eun Woo"

Full OST "True Beauty"....
True Beauty OST || 여신강림 OST Part 1-6
Tracklist:
00:00 01. Saya - Call Me Maybe
03:22 02. Yuju (GFriend) - I'm In the Mood for Dancing
06:53 03. Car, the Garden - Happy Ending
09:54 04. Sunjae - I'm Missing You
12:57 05. Chani (SF9) - Starlight (그리움)
17:18 06. Ha Sung Woon - Fall in You

Catat Ulasan

0 Ulasan