Subscribe Us

The Tale of Nokdu

Salam Kasih Sayang buat semua,

Sejak melihat lakonan Hwang In-Yeop dalam True Beauty terus aku tertarik nak tonton drama seterusnya. Teruslah google drama apa lagi lokanannya, dapat saja terus tonton. Okay drama lakonan Hwang In-Yeop kali ini ialah The Tale of NokDu sebagai Park Dan-Ho pengawal peribadi Chief Baek yang merupakan Putera Raja yang ingin merampas takhta kerajaan.
Hwang In-Yeop
Aku sudah tamat tonton drama ini, memang best tapi sedihlah Park Dan-Ho ini mati sebab nak lindung tuan dia...sob...sob...sob

Mari kita baca sinopsis cerita The Tale of Nokdu ini:
Jeon Nokdu dan Dong Dong Joo
Jeon Nokdu adalah seorang lelaki yang mempunyai cita-cita yang luar biasa untuk mencari pengalaman dan meneroka dunia. Dengan penampilan, kecerdikan, kegagahan dan maskulin, dia adalah lambang kesempurnaan bagi seorang lelaki. Setelah terjadi satu kejadian, dia telah menyamar sebagai wanita untuk bergabung dengan komuniti wanita yang penuh misteri iaitu di perkampungan Janda. Di sinilah dia bertemu dengan Dong Dong Joo.

Dong Dong Joo adalah pelatih gisaeng berduri. Seiring dengan keperibadiannya yang panas baran, bersemangat, agak kasar dan polos membuatkan semua rakan sebaya di kampong Janda itu menjaganya. 

Namun dia seorang yang kreatif dan mempunyai kemahiran dengan tangannya setiap apa dari tangannya mesti menjadi sesuatu. Dia tidak boleh melihat orang lain dianiaya dan tidak menerima keadilan pasti dia yang kedepan untuk mempertahankan orang tersebut. 

Kerana kenyataan ini, Jeon Nokdu akhirnya menyelamatkan Dong Dong Joo dari situasi berbahaya. Dari kejadian itu Jeon Nokdu menjadikan Dong Dong Joo sebagai anak angkatnya dan dia memutuskan tinggal di kampung janda selama 1 tahun.
Cantikkan Lady Kim... hahaha
Inilah wajah Jeon Nokdu menyamar sebagai Lady Kim untuk dia dapat duduk di kampung janda ini untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di kampung tersebut. Cantikkan... siapa sahaja memandang dia semua terpikat termasuk lelaki... hahaha
Rupanya kampung janda ini diwujudkan oleh orang kanan Maharaja bercita-cita untuk merampas takhta raja. Tapi konspirasi mereka gagal, disinilah bermula Jeon Nokdu dan Dong Dong Joo menyiasat mengapa Maharaja sekarang mereka hendak gulingkan. Makin lama semakin banyak lagi rahsia yang mereka berdua ketahui dan berkaitan dengan keluarga dan diri mereka sendiri.

Ini bibit-bibit romantik Jeon Nokdu dan Dong Dong Joo...
Aku suka watak Aeng-Du in, budak ini cerdik dan penghibur bagi mereka berdua... Aeng-Du ini adik angkat Jeon Nokdu.
Banyak adegan pergolakan antara Maharaja, Chief Baek, Jeon Nokdu dan Dong Dong Soo. Disinilah segala perancangan untuk menjatuhkan Maharaja terbongkar satu persatu. Kalau nak tahu kisahnya kenalah tengok drama ini sampai habis. Jangn risau cerita ini happy ending!
Pelakon : Jang Dong-yoon (Bagi siri drama Search lakonannya pun best), Kim So-hyun, Kang Tae-oh and Jung Joon-ho.

Boleh tonton drama The Tale of Nokdu ini di dramacool

ANEKDOT:

OST dalam The Tale of Nokdu ini semuanya sedap didengar. Aku paling suka OST Micracle by Seventeen Woozi. Jom tonton.

Catat Ulasan

0 Ulasan