Subscribe Us

Tahun Baru 2021

Assalamualaikum,

Hujan.Sejuk.Nyaman.
Menyambut awal minggu tahun baru 2021 dengan udara yang nyaman dalam rintik hujan yang tak berhenti-henti dari semalam. Selamat tahun baru semua semoga kita dijagai oleh Allah swt sentiasa dan hidup dengan ceria.

Suasana cuaca hari ini, aku suka. Keadaan dingin seperti berada di tanah tinggi Cameron Highland. Walaupun sekarang masih lagi pendamik tak dapat melancong ke sana dapat rasa udara sejuk-sejuk seperti tanah tinggi pun jadilahkan. 

"Maka nikmat Tuhanmu mana yang kau dustakan?"

Syukur. Di sini tidak mengalami banjir seperti di kawasan pantai timur dan selatan. Aku doakan semoga mereka semua dalam keadaan selamat dan sejahtera hendaknya. Mendapat perkhabaran melalui berita sudah ada mangsa banjir yang meninggal dunia dan raman penduduk yang telah dipindahkan tempat. Waktu sekarang ini juga keadaan laut juga tidak sesuai untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga kerana laut sekarang bergelora dan cuaca tidak menentu.

Aku rindu nak travel ke pulau dah lama tak snorkeling, tengok gambar sajalah. Lihatlah betapa tenangnya pulau Redang ini. Rindu weh nak jalan-jalan.
Sambil bersantai makan keropok dan menghayati pemandangan laut bestnya. I miss it, to do this things!

Cepatlah pandemik ini berakhir aku rasa sudah rasa rimas dengan pelbagai SOP dan tak boleh melakukan aktiviti dengan bebas seperti dahulu. Esok semua sudah mula bekerja, semoga masing-masing bersemangat dan tak lemau. I hope so, ehehehehe

Life goes on bak kata BTS, suka tak suka kena hadap jugalah segala dugaan yang melanda dengan tenang walau susah juga nak tenang.

ANEKDOT:
Untuk ambil mood kebahagiaan dan kecerian dengarkanlah lagu Life goes on by BTS.

Catat Ulasan

0 Ulasan