Subscribe Us

Pola 537 (VIP) Dan 38 (Kesultanan)

Assalamualaikum,

Metafizik. Mungkin ramai yang tahu atau tidak mengenai metafizik ini. Aku sudah lama mengikuti dan membaca pelbagai blogger metafizik ini. Tujuan metafizik ini sebenarnya untuk menggali potensi diri untuk memajukan diri disamping tidak membazirkan potensi diri terjun ke bidang dan kerjaya yang salah. 

Aku tertarik mengenai pernomboran ini, bagi yang ingin mengetahui tentang metafizik ini kena belajar dulu cara pengiraan tarikh lahir. Bila sudah mahir kita kena belajar pula melihat pola-pola nombor tersebut. Setiap kombinasi nombor itu ada maksudnya.

Aku tertarik pola nombor Kesultanan, walaupun kita orang biasa tapi jika ada pola kesultanan ini mungkin dulu nenek moyang kita adalah dari keturunan kesultanan. Menarik nak tahukan, dibawah ini contoh pengiraan tarikh lahir yang ada pola VIP dan Kesultanan.
Kalau nak belajar cara pengiraan boleh belajar dengan Dato' Eddy Rosyadie dan boleh juga dapatkan konsultasi dari beliau. Boleh baca disini. Rujuk petak tarikh lahir di atas ada pola 537 (VIP) dan pola 38 (kesultanan) dan petak pasangan ada juga pola 573 (VIP) dan pola 38 (kesultanan).

Menurut Dato' Eddy, pola 38 ini berkaitan dengan persilatan selain daripada kesultanan, mistik dan perubatan alternatif. Energi kesultanan ini tak semestinya kita kena jadi seorang Sultan, tetapi dalam diri kita sebenarnya sudah ada aura dan energi kepimpinan, kekuasaan, pengaruh, dihormati, networking untuk kegunaan perniagaan, jualan, kehidupan dan kerjaya.

Contohnya:

Picture

Racheal Megan Markle antara contoh individu yang bukan kerabat kesultanan tetapi berkahwin dengan kerabat kesultanan. Seorang pelakon Amerika berkahwin dengan kerabat Diraja British dari dua benua dan latarbelakang yang berbeza.

Tips: mereka yang ada pola 38/ 83 jodohnya adalah keturunan kerabat kesultanan. Jadi, mereka yang jodohnya tak kekal atau belum ada jodoh itu kerana tidak bersua dengan keturunan kerabat kesultanan. Ini bukan bermakna jodoh semestinya dengan sultan, tetapi KETURUNAN kerabat kesultanan. Sebagai contoh, isteri Dato Eddy Rosyadie adalah orang biasa bertemu jodoh dengan Dato Eddy Rosyadie, seorang biasa yang  KETURUNAN Raden Jawa.

Jadi, ikhtiar jana energi pada 6 Nov 2020 adalah untuk membuka aura/energi kesultanan yang terpendam pada diri anda untuk kepimpinan, pengaruh, kekayaan, networking bagi tujuan bisnes, jualan, kerjaya mahupun kehidupan.

Setakat ini sahaja perkongsian aku sempena entry yang ke-83 ini. Wasalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan