Subscribe Us

When You Hearing The Favorite Songs

Assalamualaikum,

Dari dua penyanyi yang bersuara gemersik dan romantis.

(i)

The Boyz Jacob Bae.

Jacob merupakan pilihan nombor satu aku. Aku suka dengan suaranya yang manja dan romantis. Bila dengar guna earphone rasa seperti Jacob berbisik di telinga aku. Kira macam menusuk dari telinga terus ke hati. Gitewww!

Entah kenapalah boleh addict dengar suara Jacob bawak lagu versi gitar ini. Memang tertariklah. Kalau kita tengok MV lagu I Fly by Jacob ceritanya macam mengajak kita untuk berkelah dan bersantai ala-ala piknik kat taman sambil dating dengan dia.... pheewww!! 

Tempat pun hijau dan sejuk je.... dengarkanlah suara manja dan gemersik Jacob ini.


(ii)

BTS Jeon Jungkook. Si Golden Maknae ini memang tak boleh dinafikan lagi dengan kemahiran vocalnya. Tak hairanlah kalau Jimin pun cemburu dengan kemahiran vocalnya itu. Betullah kata Taehyung suara Jungkook itu sudah bertaraf 'international treasure' begitulah komen-komen dari hyung kesayangannya.

Masa pertama kali aku dengar lagu Still With You ini, terus aku kata woowww! lain dari lain genre yang biasa dibawa olehnya. Lagu ini kalau korang dengar masa hujan turun, minum secangkir kopi memang boleh bawak menung 6 jam menghayatinya. 

Suara Jungkook memang berlainan kali ini memang kena dengan musik Jazzy dengan suaranya. Kalau kalian hendak relax sambil mendengar ala-ala lagu OST memang syok dengar lagu ini.

Suara Jungkook mengalunkan lagu ini memang gemersik dan lembut tambah-tambah kalau guna earphone lagi terasa macam dia berbisik di telinga kita. Cewah!


Selamat berhujung minggu, semoga hari ini kita tenang-tenang sahaja dan bersantai bersama keluarga.

Catat Ulasan

0 Ulasan