Subscribe Us

Amalan Kepada Sesiapa Yang Mempunyai HAJAT Yang Besar

Assalamualaikum,

Hari ini nak berkongsi tentang kehidupan. 

Sebagai manusia kita memang tidak boleh terlepas dan lari dari masalah dan ujian hidup.

Ujian dalam hidup bagi aku adalah asam garam kehidupan manusia di dunia yang sementara ini. Ujian juga membuatkan kita lebih menghargai sesuatu, menjadikan kita seorang yang lebih matang dan tenang bila kita berulangkali menghadapi masalah di masa hadapan. 

Setiap ujian yang Allah berikan kepada manusia sebenarnya sebagai petanda kekuasaan Allah dan untuk melihat sejauh mana keimanan hambanya.  Yelah macam kita setiap tahun kena buat prestasi kerja untuk menilai kerja kita tahun itu mencapai matlamat atau gagal. Begitu juga dalam hidup kita ini dan "disebalik setiap ujian itu ada hikmahnya". Betul tak?

Bagi aku dalam saat getir atau susah yang kita hadapi sentiasalah bergantung hanya kepada Allah swt. Sentiasalah bertawakal, berdoa dan berusaha.

Di sini aku nak berkongsi cara untuk melakukan ikhtiar secara kerohaniah dan meminta kepada Allah swt untuk mencari jalan keluar dalam apa jua masalah yang kita hadapi. Di sini aku kongsikan cara amalan solat hajat yang diajar oleh Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Mohd Romli melalui FB: Irniwati Zakaria.


Sila lihat, dengar dan catatkan sehingga habis ya! Jangan tengok sekerat-kerat.

Di sini aku rumuskan caranya:
1. Lakukan solat hajat 2 rakaat (diantara jam 3 - 4 pagi).

2. Bacaan, Rakaat pertama:  Al fatihah 1x & Surah Al Kafirun 10x, Rakaat kedua: Al fatihah 1x & Surah Al Ikhlas 10x.

3. Beri salam & ulang angkat takbir dengan niat sujud syukur dan terus sujud.

4. Sewaktu sujud baca:

- Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar 10x
- Selawat ke atas nabi saw 10x
- Robbana atina fiddunya hasanah Wafil aakhiroti hasanah waqina 'azabannar 10x
- Surah Al'Alaq 1x

5. Kemudian berdoa dan mintalah segala hajat yang dikehendaki.

Semoga dapat memberi manafaat dan memberi ilham kepada semua sahabat untuk mendapat petunjuk dan mencapai hajat masing-masing. 

Semoga Allah swt memberkati kita selalu. Aamiin.

Catat Ulasan

0 Ulasan