Subscribe Us

Tentang Buku : Forensik Kewangan Oleh Zaidi Ismail

كهيعص طس ق الرحمن

Assalamualaikum,

Aku memang suka baca buku tentang kewangan. Bila ternampak buku Forensik Kewangan oleh Zaidi Ismail ini aku tak fikir panjang terus saja beli dan nak tahu sangat apa perkara yang dibincangkan. 

Setiap kali kita membaca sesuatu yang baru pasti kita juga mendapat motivasi yang sangat baik dan idea yang segar dan baru. Cara pemikiran kita pun lebih meluas dan tidak terperangkap dalam satu situasi sahaja. 
Bagi aku objektif utama buku ini ditulis adalah untuk memberi panduan dan mengajar kepada kita menyusun semula kewangan kita dengan lebih teratur dan effective sehingga kita dapat melangsaikan hutang dan dapat mengumpul harta tanpa perlu membuat pinjaman bank. 

Pinjaman bagi aku memang satu bebanan di kemudian hari dan tambahan pula sekarang dunia mengalami isu pandemik Covid 19 yang telah mengubah segala corak ekonomi dan kehidupan. Melalui buku ini kita diberi banyak pilihan teknik-teknik langsai hutang dan tambah harta, cuma sekarang ini semua diatas diri kita sendiri samada sanggup atau tidak untuk berubah dan melaksanakannya. 

Jalan penceritaan dalam buku ini bersahaja dan santai tapi bernas.

💜💜💜💜💜💜💜

Tuan Zaidi Ismail ini juga bukan sahaja menulis buku tetapi ada juga menyediakan perkhidmatan konsultasi kewangan juga seminar.

Diantara koleksi video langsai hutang ni dibuat oleh Jurutera Forensik, Zaidi Ismail adalah:

Antara teknik untuk selesaikan hutang yang dia ajar :
(+) 3 teknik Snowball.
-Guna pendapatan sedia ada tapi dapat melangsaikan hutang dengan pantas
(+) Kaedah ekuiti dan balance transfer.
- Guna pegangan harta dan kemudahan perbankan sedia ada
(+) Kaedah jual hutang dan stoozing.
- Kecilkan ansuran serta menambah baik aliran tunai
(+) Kaedah platform dan AKPK
- Cara manipulasi aset sedia ada bagi penyatuan aliran tunai
(+) 3 video case study yang awak senang ikut.

Ada juga BONUS :
(+) Teknik beli kereta tunai modal rendah & ditukar kepada rumah
(+) Teknik Langsai Hutang Rumah Kurang 10 Tahun
(+) Teknik Suri Rumah Boleh Beli Rumah
(+) Group coaching bernilai RM150
(+) support group

Inginkan panduan kewangan/buku ini?

Catat Ulasan

0 Ulasan