Subscribe Us

Bicara Kuasa - Proses Pengurusan Harta Pesaka Kecil

Assalamualaikum,
 
Ada dua cerita.

(i)

Adik beradik...

Bila sudah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri, beli rumah, beli tanah, beli asset....lalala

Bagi ada harta dgn nama sendiri..

Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnti.. jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah..

Tak guna...

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jgn fikir, jgn berharap.. jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..

Jangan..

Sebab nanti bila tak dpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti...tup² bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt² "hak" kita...

Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?

Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita...yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka...

Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini..

Kita sebagai anak yg perlu bagi "sesuatu" kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka..

Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan.. tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama "harta pusaka"..

Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula..

#stayhome
#stayinpired
#copypaste
#pakardiarihati

(ii)

Kisah di Pejabat Tanah Batu Gajah.

Balik dari bicara kuasa di Pejabat Tanah Batu Gajah sempat lagi kami tidur semalam di Lumut sebelum pulang ke tempat masing-masing. Wah! tak sangka ya sekarang ini Pulau Pangkor sudah menjadi pulau bebas cukai sekarang seperti di Pulau Langkawi. Siapa yang nak stay disini bolehlah stay 3 hari 2 malam nanti bolehlah dikecualikan dari cukai membeli belah. Saya suka!
Pertama kali pengalaman datang untuk bicara kuasa harta pesaka kecil bagi tanah arwah abah aku. Kami sepakat memasukkan nama kami semua untuk waris tanah pesaka itu. Tapi kecewa sedikikit dengan perkhidmatan di Pejabat Tanah Batu Gajah ini sebab terlalu lama tempoh waktu rehat dari jam 12.15 - 2.15 petang dan tiada sistem pengiliran di kaunter. Kaunter pun tutup, bila nak berurusan di kaunter terpaksa menunggu sehingga jam 2.15 petang kerana kaunter telah ditutup. Padahal habis bicara ketika itu jam 12.10 tengahari. Kalau nak dibandingkan perkhidmatan di Kuala Lumpur waktu rehat pun kaunter dibuka dan rehat secara bergilir-gilir. Aku terpikir kepada pelanggan yang datang dari luar negeri perak, terpaksa menunggu lama sehingga 2 jam untuk membuat pembayaran dan berurusan di kaunter.  Kerja cepat boleh lambat. Harap Pejabat Tanah Batu Gajah dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dengan lebih effective dan pantas dalam melayani pelanggan kerana pelangggan yang datang bukan hanya untuk di dalam negeri bahkan ada yang datang dari luar negeri Perak.

Aku tak faham apa logiknya semua urusan dan tutup kaunter ambil masa selama 2 jam dari jam 12.15-2.15 petang (Isnin-Khamis seperti yang terpampang). Mungkinkah kakitangan semua kena balik rumah untuk keluar makan tengahari? Entahlah labu.

ps:
Menurut bicara kuasa harata pesaka kecil ini:
Jika anak meninggal dahulu (seperti kes aku, abang aku meninggal dahalu dari arwah abah) dari bapa, waris anak-anak tersebut tiada hak dalam harta pesaka datuknya itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan