Subscribe Us

Things To Do In Ipoh : Platform 9 1/2 Cafe, Ipoh

Assalamualaikum,

Salam Kasih Sayang buat semua yang membaca...

Kali ini aku nak bercerita sikit tempat menarik di Ipoh, Perak. Platform 9 1/2 Cafe ini merupakan salah satu instagrammable cafe yang popular. Cafe ini merupakan cafe yang dikunjungi oleh peminat Harry Potter. Dalam cafe ini terdapat beberapa sudut yang direka khas untuk kita berfoto dan merasai dunia magis dan ahli sihir seperti di dalam movie Harry Potter.
Coffe di sini biasa-biasa saja, tidak ada air yang magis.

Menu minuman di sini...
Chocolate Ice...
Kami di sini hanya order minuman.  Platform 9 1/2 cafe hanya memiliki 2 tingkat saja. Di tingkat 2 hanya cafe untuk kita menikmati hidangan. 
Di tingkat bawah, pengunjung boleh mengenakan jubah kebesaran Hogwarts. Terdapat jubah dan syal sesuai untuk 4 asrama untuk Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin. Ada juga tongkat sihir tapi sayangnya penyapu terbang tidak ada kalau tidak boleh bergambar dengan penyapu tu. Beratur panjang juga ya untuk tunggu giliran untuk bergambar.
bersiap-siap ke Hogwart
Selepas menikmat minuman bolehlah kita buat tour cafe dan mengambil seberapa banyak gambar. Jika anda suka Harry Potter pasti seronok merasai sendiri pengalaman di sini.
acah-acah ke Hogwart
Kalau terasa teringin untuk ke alam Harry Potter and merasa pengalaman dunia magis dan ahli sihir bolehlah datang ke Platform 9 1/2 Cafe! 

ANEKDOT

Alamat lokasi : 
Platform 9 1/2 Cafe, belakang My Home One di sepanjang lorong Concubine Lane.

Waktu Operasi:
Ahad - Khamis : 9.00AM - 6.00PM
Jumaat - Sabtu : 9.00AM - 10.00PM
Rabu : Tutup

Tel : 017-4501118

Catat Ulasan

0 Ulasan