Subscribe Us

Perintah Kawalan Pergerakan Dan Kisah Covid 19

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Nak cerita sikit pasal Covid 19 yang melanda negara, hari ini dalam sejarah Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) bermula dari 18 Mac 2020 hingga dilanjutkan ke 14 April 2020 berikutan tiada penurunan kes yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hari ini sudah masuk hari kesepuluh (ke 10) dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan, terdapat 6 arahan yang patut kita patuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini:

  • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial, kerja dan sebagainya;
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat ke luar negara dan dalam negara; [Sesiapa yang sudah berada di kampung atau kampus kena berada di tempat itu tak boleh pulang ke rumah sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Nasib baik aku berada di rumah kalau tengah travel mau dah stranded....ehehehe]
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
  • Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta dan institusi pendidikan rendah, menengah dan universiti; [Bab yang ini anak buah aku semuanya bersorak tak payah nak pergi sekolah lagi.]
  • Penutupan semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahirah di seluruh negara;
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services). [Aku pun termasuk kerja dalam essential services tapi memandangkan di tempat aku kerja tu memang dihadkan dalam 20% sahaja yang boleh datang ke ofis secara giliran, so aku tak terlibat dapatlah duduk rumah dan tak perlu pergi kerja atau dengan istilah lain work from home jerrr]
Apa itu Covid 19? 

Menurut Wikepedia, Pandemik COVID-19 dikenalai juga pandemik koronavirus 2019-2020 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2).

Inilah rupa Inche Virus Covid-19 tu...cantik tak?

200212152442-tak-i.jpg

Ini antara statistik dari KKM untuk memantau sejauh mana wabak ini merebak dan usaha untuk menyakat dari berterusan.
Bilangan Kes Mengikut Daerah
Kes Positif Mengikut Negeri
Wabak dari virus ini memang serious, tengoklah macam mana oleh kerana virus ini boleh lockdown aktiviti seharian kita. Berbagai tips dan kaedah dari masa ke semasa kerajaan memberi maklumat kepada rakyat supaya patuh kepada arahan. Namun ramai juga yang masih ingkar dan mengambil ringan masalah ini. Bagi mereka ini semua masalah yang ringan bukan masalah berat.

Ini antara infografik sebagai panduan yang diberikan oleh kerajaan untuk keselamatan semua orang.
Here's what the Singaporean Government think you should do
Di Pusat membeli belah
Ditempat kerja
Yang penting bila kita berada di rumah jangan panik dan bertenang sahaja dirumah. Boleh buat pelbagai aktiviti sebenarnya di rumah cuma malas atau nak buat saja.
Bila kena Perintah Kawalan Pergerakan ini aku tengok banyaklah status resepi masakan, tik tok dan macam-macam lagi. Orang Malaysia memang kreatif dan lawak bila tengok telatah mereka itu. Itu pun sebagai satu medium untuk melepaskan stress juga. 

Tak juga ketinggalan dalam kerohaniah. Boleh dikatakan pelbagai tips dan amalan yang dikongsikan untuk sama-sama kita mendoakan kesejahteraan negara dan menguatkan lagi kerohaniah kita hanya bergantung dan meminta kepada Allah saja. 

Bila akan berakhir wabak dan Perintah Kawalan Pergerakan hanya Allah sahaja yang tahu. Manusia hanya merancang Allah yang menentukan. Untuk semua Rakyat Malaysia tawakal, berdoa dan berusahalah untuk membendung wabak ini dari berterusan. 

Semoga kita dapat beribadah di Ramadhan tahun ini dengan lebih ceria dan tenang.

ANEKDOT:


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 26 Mac 2020 telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Berdasarkan taakulan saya – dengan ilham daripada-Nya – , tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.

Renungkanlah firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)

Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

Catat Ulasan

0 Ulasan