Subscribe Us

Viral : Nasi Lemak Maluri Jam 4.30 Pagi

Assalamualaikum,

Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...

Nasi lemak sangat dekat dengan masyarakat Melayu. Nasi lemak antara makanan yang popular untuk bersarapan. Dulu nasi lemak dimakan di waktu pagi sebagai sarapan. Tapi sekarang nasi lemak dimakan tanpa mengira waktu dan mudah didapati. 

Foto: FB Nina Suria
Cerita semalam. Pernah dengarkan cerita viral nasi lemak jam 4.30 pagi di Maluri. Gerai nasi lemak ini memang dibuka jam 4.30 - 6.30 pagi. Gigih kakak-kakak aku nak cuba nasi lemak ini. Seawal 4.00 pagi dorang sudah sampai. Rupanya sudah ramai yang beratur panjang menunggu makcik nasi lemak tu buka gerai... ehehehe
Sibuk makcik dan pakcik melayan pelanggan, tengok ramaikan orang menanti giliran. Sejam kami menunggu giliran kami sampai, kaki pun dah naik lenguh.

Makcik ni tak kedekut dia letak nasi lemak dan lauk tu banyak, macam makan untuk orang pekerja buat bangunan...ehehehe... serious tak kedekut dan harganya semua sama RM5.00 sahaja.
Nasi lemak kerang
Tengok banyakkan nasi dan lauknya. Komen aku, nasinya rasa biasa tak rasa pun nasi tu diletak santan...oppssst (komen kena jujur ya!), sambalnya pula pedas manis bagi aku so-so jelah...ada ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang ini memang complete set untuk nasi lemak. 

We wrap our breakfast with nasi lemak viral! Happy tummy 😊

Catat Ulasan

0 Ulasan