Subscribe Us

Things To Do In Japan : Kiyomizu-dera Temple

Assalamualaikum,

Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah dan rezeki
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Temukanlah jodoh buat yang masih belum bertemu jodoh
Kirimkanlah jodoh yang boleh menjadi sahabat dunia dan akhirat
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...

dalam rintik hujan
Dari Golden Pavilion Temple, kami menuju pula ke satu lagi temple yang popular di Kyoto ini iaitu Kiyomizu-dera Temple. Menurut sejarah Kiyomizu-dera temple ini dibina pada tahun 778 yang terletak di tengah-tengah gunung Otowa, kompleks kuil ini meliputi kawasan seluas 130,000 meter persegi. Masa kami sampai disini kawasan kuil ini masih lagi dalam penyelenggaraan.
dalam hujan gerimis kami bergambar
Kiyomizu-dera ini merupakan salah satu monument sejarah warisan bersejarah Kyoto kuno. Laluan ke pintu masuk adalah kawasan berbukit, jenuh juga nak sampai hingga atas. Hampir semua bangunan di kawasan kuil ini dibina kira-kira 400 tahun yang lalu, dikelilingi oleh kehijauan yang rimbun dan kita boleh melihat daun maple merah yang menjadikan pemandangan yang menakjubkan untuk menarik pengunjung dari seluruh dunia.
dedaun maple merah
Rupanya Kiyomizu-dera ini terletak dilereng Gunung Otowa. Kiyomizu itu bermaksud "air tulen" yang datang dari dalam gunung adalah nama asal kuil yang indah ini. Sepanjang perjalanan di kuil yang luas ini memang tak puas kami bergambar semua sudutnya cantik. Penduduk tempatan di sini ramai juga menggayakan kimono. Cantik dan kemas gadis-gadis di sini mengenakan pakaian tradisi kimono ini. Di sini juga terdapat kedai untuk menyewa kimono. Bagi yang berminat boleh memakai kimono ketika membuat lawatan sekitar kawasan. Barulah terasa seperti orang Jepun!
cantikkan gadis tempatan ini dengan kimono
Di sini juga terdapat gerai menjual azimat bertuah dan juga mata air semulajadi. Macam biasa orang Jepun suka azimatkan! Ini kami ada jumpa juga kedai makan yang bagusnya budaya di sini lepas makan terus keluar dari kedai. Tak ada unsur lepak dan berborak panjang dalam kedai makan ya... ehehehe 
Tak terasa penat bila kita berjalan di sini. Berjalan di sepanjang jalan ini memberikan ganjaran pemandangan yang indah. Di sini ada batu cinta, tapi kami tak pula nampak batu itu. Kata Shafiq penduduk tempatan di sini jika tengah mencari cinta, boleh berjalan kaki dari satu batu ke batu dengan menutup mata di Jishu Shrine atau minum air mata air dari air terjun Otowa untuk mendapatkan cinta. Tak tahulah dapat ke tidak cinta itu.
berlatarbelakangkan Kiyomizu-dera
ANEKDOT:
Terima kasih kepada tours guide kami Syafiq dari Japan Travel Crafter bawak jalan-jalan.

Catat Ulasan

0 Ulasan