Subscribe Us

Salju Kyoto by Sara Aisha

Assalamualaikum,

Ya Allah Ya Rasullulah
Muliakanlah yang mencari nafkah dan rezeki
Mudahkan yang sedang menuntut ilmu
Lariskan yang berdagang
Sihatkanlah yang sedang sakit
Temukanlah jodoh buat yang masih belum bertemu jodoh
Kirimkanlah jodoh yang boleh menjadi sahabat dunia dan akhirat
Lapangkanlah bagi yang sedang dalam kesempitan
Aamiin...

Hari ini mood aku nak buat review novel yang aku baca. Since aku dah sampai Kyoto bolehlah aku berimaginasi tempat mereka bercinta itu...ehehehe
Sinopsis:

‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.’

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?

“She’s my woman. You touch her... and you die.” - A.K.
Credit :Sara Aisba
Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” - Badri

Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede.

Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!

“Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina.” - Nailah

Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku. 

My review :

Aku baru je habis baca novel ini. Salju Kyoto. Cerita ini bergenre suspense, romantic dan action thriller. Banyak aksi bertarungan dalam citer ini maklumlah bila melibatkan dunia gelap yakuza... Bagi aku penulis berjaya mengarap cerita ini dengan baik dan tersusun. Kisah yang teratur memudahkan pembaca menghayati ceritanya dengan mudah. Boleh aku katakan cerita ini sebuah cerita yang.... emotional story but not so emotional towards the end...

Watak hero Arjuna Kaede yang tegas dan maskulin dan memang boleh buat orang jatuh cinta. Ahli perniagaan yang berjaya tanpa menggunakan kedudukan datuknya ketua yakuza di Kyoto untuk berjaya. Dia seorang yang berdikari dan berjaya melepaskan diri dari cengkaman untuk mengambil alih sebagai ketua yakuza.

Watak heroin Nailah Farafishah ialah seorang perempuan yg sangat kental as always. Bijak. Berani. Macam biasa heroin Cik Sara Aisha semuanya berjiwa pejuang dan setia.

Dian Damia & Karn

Ryu & Maya

Heemm... aku suka part cameo kemunculan hero-heroin seperti Karn-Dian Damia dan Ryu-Maya yang berkongsi pengalaman hidup dengan Nailah menguatkan lagi semangatnya untuk berjuang bersama dengan Arjuna Kaede... Teruja sekejap dengan cameo tu....

Amirul Badri ini merupakan watak utama kenapa Nailah terbang beribu batu untuk mencari dia di Kyoto... demi menunaikan hajat ibu Badri membawa anak dia pulang semula ke Malaysia... Disebabkan dia ini yakuza, memang ganas betull dia ini. Setiap kali scene ganas dia tu buat perut aku geli.... hahaha

Arjuna Akaede watak utama dalam citer. Aku suka watak dia yang berjiwa pejuang dan guna akal apabila bertindak. Sayangnya A.K nie nyawa sentiasa dihujung tanduk sentiasa kena berwaspada. Kesian tau asyik kena pukul jerrrr....

Nilah jejaka yang sentiasa ada di sisi A.K setiap kali mereka bertarung... bodyguards yang tak nampak ganas langsung tapi hensem pada pandangan mata serta kaca mata aku nih.
Hasil carian imej untuk salju kyoto
Credit : Sara Aisha
lastly, Nailah Farafishah memang hebat dalam misi menyelamatkan Arjuna Kaede. 

Sedih? Ada. Tapi banyak rasa nak campak buku sbb banyak plan jahat dlm dunia gelap yakuza... Ada juga rasa nak gigit buku pasal bab romantik A.K. & Nailah.. lps ni nak planning bercuti ke Bangkok plak ya.. Hahaha 

CikSA citer awak mmg owesome!!

Berapa bintang nak kasi:

~***** (enjoy reading!)

Catat Ulasan

0 Ulasan