Subscribe Us

Things To Do In Penang: Kampung Agong, Penaga, Penang

Assalamualaikum,

Time flies! Hello February 2023.
Kampung Agong? Aku baru tahu tempat ini boleh dikatakan the best place for the instagrammable bak kata omputih "the hidden gem for OOTD". 

Kampung Agong ini berkonsepkan stail kampong. Kita boleh menikmati pemandangan desa seperti kawasan sawah padi dan boleh juga merasa pengalaman menuai padi. Di sini terdapat banyak replika sarang yang memang cantik untuk bergambar.

Berfoto dengan buai sarang burung, masa kami sampai disini tak ramai pengunjung sebab hari bekerja. Tapi ramai juga rombongan budak-budak sekolah buat aktiviti disini. Kat sini juga kita boleh sewa basikal boleh keliling kawasan dengan senang hati dan boleh juga beri makan kuda.


Suasana di Kampung Agong ini memang tenang. Kat sini pun ada kuda juga tau kita boleh bagi kuda-kuda itu makan.
Kampung Agong ini suasananya macam di Bali. Sesaper yang tak ada passport dan tak cukup duit berbaloi tau bercuti disini kat sini juga ada disediakan homestay bagi yang nak merasa duduk di kampung.
Pintu masuk Kg Agong
Pelbagai gaya boleh OOTD...
Banyak lagi sebenarnya tempat untuk bergambar, sebab hari nak hujan kenalah cepat-cepat nak balik. Rasanya kalau kita pergi time padi menguning lagi cantik background. 

Nak masuk di Kampong Agong ada bayarannya yea... kat sini aku share alamat, contact dan harga tiket:
Contact: Phone (WhatsApp): +60 12 481 7785 | Email: kampungagong@gmail.com 
Location: 841, Bakar Kapur, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Penang
Ticket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
Ticket Tram: Seorang RM4

Okay, see you next vlog again!

Catat Ulasan

0 Ulasan