Subscribe Us

Air Rebusan Biji Ketumbar

Assalamualaikum dan Hi,

Hari ini sampai juga aku disini untuk menyapu sawang-sawang di blog aku ini. Agak lama juga tidak menulis sebagai rujukan  dan bacaan untuk masa akan datang. Walaupun masih lagi work from home, bagi aku bekerja dirumah lagi sibuk dari kita berada di pejabat. Apa nak buat kita kena terima dan redha dengan norma baru ini kan...

Hari ini aku nak catat sedikit mengenai khasiat biji ketumbar yang boleh dijadikan sebagai ubat alternative. Biji ketumbar ini juga mudah didapati dan merupakan salah satu rempah dalam masakan. Biji ketumbar ini warnanya coklat dan sedikit kehitaman dan bila direbusnya airnya warna air rebusan ketumbar ini seperti air teh.
Inilah contoh biji ketumbar, aku sudah cuba rasa airnya bagi aku okay boleh minum dan rasa tawar sahaja seperti kita minum air teh tanpa gula. Syukur, boleh juga aku minum air sebegini untuk kesihatan.

Disini aku catatkan diantara khasiat minum air ketumbar dari blog manfaat rebusan air ketumbar:

1. Menurunkan tekanan darah tinggi
2. Menurunkan kolestrol
3. Prevent anemia
4. Masalah datang haid
5. Mengurangkan gula dalam darah

Bagi aku banyak lagi khasiatnya kita boleh google untuk mencari infonya. Semoga usaha kita diberi Restu dan Rahmat Allah untuk mencari penyembuhan penyakit yang kita hidapi.

Cara untuk buat rebusan biji ketumbar ini senang sahaja, macam ini resepinya (untuk minum satu cawan):

1.  2 sudu teh biji ketumbar
2. 200ml air
3. Rebus selama 10 minit atau boleh juga direndam selama 30 minit.
4. Setelah itu boleh diminum

Seeloknya sebelum minum kita baca dulu doa dan surah Al Quran yang kita tahu. Bolehlah kita mulakan dengan...

1. Niat kerana Allah swt
2. Doa diberikan kebaikan dan kesembuhan
3. Baca Surah Al fatihah
4. Baca Ayatul Kursi 
5. Baca Surah Al-Ikhlas
6. Baca Surah Al-Falaq
7. Baca Surah An-Nas

Setelah habis bacaan diatas bolehlah diminum.

Semoga memberi menafaat dan kebaikan untuk kita semua.

Wasalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan