Subscribe Us

Proposal Cinta Selamanya by Rose Harissa

Assalamualaikum,

Novel kali ini Proposal Cinta Selamanya garapan oleh Rose Harissa. Aku memang suka baca hasil penulisan Rose Harissa ini, ceritanya tak pernah mengecewakan. Memang best!
Sinopsis:

Bila Haidar memutuskan hubungan dengan alasan tak sekufu, Amyra tak mahu bercinta lagi. Dia bercita-cita ingin mengumpulkan modal yang cukup untuk membina perniagaannya sendiri. Semua tak penting lagi dah. Hinggakan Zaim Armani, anak jutawan di depan mata dia pun Amyra buat derk aje.

“Pernah dengar quotes ni? Lust starts with chemistry. Love starts with trust and respect.” –ZAIM.

Bila tengah sibuk bekerja, dia bertembung pula dengan Leonard, pengusaha perabot pengukir berdarah Jawa tak kalah ganteng tapi sekejap ada sekejap tak ada. Hati wanitanya tercuit juga, tetapi... Amyra tidak mahu hubungan yang tergantung. Dia mahukan sebuah hubungan yang kukuh, yang boleh membawa pada penyatuan dua jiwa secara halal.

“Orang Jawa itu tempatnya di perasaan, selalu bergulat dengan kalbu dan suara hati, dengan menahan hawa nafsu agar bijak menangkap maksud yang tersembunyi.” – LEO.

Sudahnya Amyra mencari along. Itulah penasihat terbaik untuk menyelesaikan jiwanya yang kacau itu.

“Aku cakap yang benar, dik. Kau tu satu-satu anak perempuan abah. Carilah bakal suami yang boleh diharap sikit. Yang boleh betulkan singki tersumbat, yang boleh pasang mentol lampu, yang boleh aku ajak turun ke sungai…boleh bergelumang dengan bau ikan sungai. Ah, pendek kata yang bertulang besi berurat dawai macam aku ni ha….” Afnan singsing lengan baju, tayang lengannya yang berotot.

Amyra pegang kata-kata alongnya tu. Tapi... antara arkitek dan pengukir kayu, dua-dua pun ada perniagaan sendiri. Dua-dua pun boleh pegang ikan patin. Siapa yang ada dalam hati Amyra?

“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.”

My review:
“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh”

Cuba baca tagline novel ini sahaja sudah menarik bagi pembaca yang suka cerita bertemakan romantik komedi dan kemasyarakatan. Novel sebanyak 595 mukasurat ini mempunyai kulit buku yang menarik, lihatlah kafe milik Amyra yang dipadankan dengan 2 biji kepuk tertulis ‘Mr Right’ dan ‘Mrs Always Right’ yang kemas terletak sebagai hiasanya dan mempunyai maksud yang tersirat.

Agak lama juga aku mengambil masa untuk reviu novel ini, padahal sudah lama menemui titik noktahnya. Jangan salah anggap, bukan kerana cerita ini membosankan tapi aku yang terpaksa berkelahi dengan masa bagi mengutamakan tugasan hakiki terlebih dahulu. 

Bagi yang sudah biasa dengan gaya penulisan Rose Harissa, mungkin tidak ada masalah untuk menghadamkan garapan ceritanya kali ini. Bagi aku tidak ramai penulis yang suka memberi penerangan sehingga pembaca boleh berimaginasi tentang senario dan tempat didalam novel mereka. Novel ini kita boleh mengembara jauh bersama penulis untuk menghayati kisah cerita yang hendak disampaikan.
Membaca sinopsisnya membuatkan hati aku rasa berasa seronok dan teruja dengan kisah dua watak utama ini. Ohdamn! Kisah dua jejaka. Tentang kisah cinta: 

1. Tentang cinta diam-diam dan menyimpan rasa cinta itu sendiri; dan 
2. Tentang cinta yang dinyatakan tanpa berselindung lebih ‘straight forward’

Amyra seorang gadis yang kuat ‘workholic’, berdikari, pandai memasak, baik, tahu jaga diri, ‘business minded’ dan berani. Amyra ini dahulu berkerja sebagai Pegawai Pemasaran, sebelum dia membuka sebuah kafe. Dengan berbekalkan pengalaman sebagai Pegawai Pemasaran ini menjadikan dia seorang yang kuat dan dia menggunakan pengalaman itu  menjalani urusan perniagaannya. 

Leonard Raden Ruszard (Leo) ini adalah seorang pengusaha dan pengukir kayu yang berasal dari tanah Jawa. Leo merupakan keturunan Keraton dari Jawa (bukan kaleng-kaleng keturunannya ya!). Leo terpaksa dilarikan oleh orang tuanya ke Malaysia diatas faktor keselamatan (Oppss! kalu nak tahu kisah selanjutnya kenalah baca sehingga habis, tak ada jawapan bocor). Leo tanpa sengaja bertemu dengan Amyra. Dengan Amyra, Leo sangat tertawan dengan perwatakannya dan menjadi kehidupannya lebih berwarna-warni. “Kau Tahu? Jatuh cinta pada pandangan pertama?” (antara ayat-ayat mengoda Leo…ehehehe). Leo memang seorang yang berkarisma kalu siapa saja yang mengenalinya memang terpikat bukan saja rupanya tapi tatasusila juga buat wanita tertarik dengan dia. Untunglah Cik Amyra dapat hati Leo.

Zaim Armani anak seorang jutawan, artkitek dan usahawan Berjaya. Walaupun sudah ada teman wanita, pelakon glamour dan popular, tapi hatinya juga tidak mustahil boleh berpindah dan tertawan kepada Amyra. Bagi Zaim Armani, Amyra ini mempunyai tarikan tersendiri. Persoalannya? Mampukah Zaim nak bersaing dengan Leo yang bukan calang-calang orangnya. Zaim ini pula sifatnya suka merendah diri dan baik tapi bagi aku satu je dia kurang, iaitu kurang dalam mendidik dan menegur dalam hal agama. Berbeza seperti Leo yang suka menegur dan memberi nasihat terkesan dihati, bak kata Amyra tak payah tengok siri “Tanyalah Ustaz” kalau Leo dah start kasi takzirah...hahaha

Nampak tak macam bias? Hahaha. Mentang-mentang aku dah tersuka dengan Leo habis Zaim sudah nampak seperti seorang lelaki yang biasa-biasa saja pada mata aku ini.

Kisah cinta tidak semuanya manis dan berjalan seperti yang kita inginkan bukan? Macam biasa watak lalat si pengacau dalam percintaan sudah tentulah ada. Dengan kemunculan Irina (sepupu Zaim) si lalat pengacau ini walaupun sudah tahu bertepuk sebelah tangan dengan Leo dia tetap juga hendak mencuba nasib. Bukan senang tau Irina nak menggoda Leo dan dengan mudah saja Leo menepis segala godaan dari Irina. Itu aku suka.

Kisah dalam novel ini banyak memberi pengajaran dan memang best. Syabas kepada Rose Harissa untuk novel ini. Moga ada lagi yang bakal menyusul dengan cerita yang lebih mantap lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan