Subscribe Us

Sana Sini Zoom

Assalamualaikum,

Semenjak Covid-19 melanda dunia ini, cara kita bekerja juga turut berubah. Dari dalam pejabat sehingga berubah ke ruang tamu di rumah sendiri. Siapa sangkakan dulu berangan nak bekerja dari rumah akhirnya merasa juga.

Hanya datang ke pejabat sekali seminggu dan cara berinteraksi juga sudah lain. Walaupun bekerja di pejabat ketika bermesyuarat tidak dibenarkan juga diadakan di bilik mesyuarat. Pekerja hanya perlu di tempat duduk sendiri dan membuka zoom. Jadi tak adalah lagi masalah berebut bilik mesyuarat sekarang ini, cuma berebut masa pula nak buat zoom.

Ini contoh zoom, hari ini aku ada course fully zoom. Tak payah dah nak terkejar pergi tempat kursus dengan santai klik sahaja join dah boleh mengikut kelas. Bahagia sungguh.
Bagi aku yang introvert ini memang suka sangatlah bila semua kerja boleh buat dirumah. Tak perlu nak menghadap kesesakan lalu lintas dan tak payah nak bangun awal-awal pagi dan macam-macam lagi nak stabilkan mood. 

Beginilah zoom serata tempat boleh berkomunikasi dengan mudah dan menjimatkan masa. Cara ini pun dapat juga menjalankan tugas dengan produktif dan lancar. Rasanya tak ada masalah kalau nak diteruskan gunakan zoom ini untuk masa hadapan.
Bagi aku selagi komunikasi ini bergerak dan dapat diterima oleh semua orang tak menjadi satu masalah. Syarikat juga boleh menjimatkan kos elektrik dan kos-kos lain. Yang penting kita masih lagi ada kerja.

Syukurlah kepada Allah swt yang memberi rezeki kepada kita, walaupun dalam tempoh dugaan ini masih lagi diberikan jalan untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa susah.

Semoga rezeki yang kita perolehi diberkati dan mendapat rahmat dari Allah swt.

Happy working everyone in the new norma!

Catat Ulasan

0 Ulasan