Subscribe Us

Koleksi Novel by Wawa Taufik ~ Dia...Mr Model, Forever Mine, LUTH, Maritza & J.A.D

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar aku tak sangka aku ni mengumpul novel Wawa Taufik (WT)! :D 
Bila tengok list kat Goodreads baru aku wonder, hampir semua novel karyanya aku ada... ini antara novel WT yang dalam koleksi aku... cer tengok sikit... 

Bermula dengan Dia... Mr Model membuat diri aku seperti Forever Mine terus... terus... jatuh hati sehingga aku menerima Lamaran Untuk Teman Hati lalu Maritza menyatakan bahawa Jiwaku Ada Dirimu disetiap hela nafas...
Cerita yang diolah Wawa Taufik, romantik, singkat, padat, jelas ya! Ceritanya ringkas dan tak memeningkan kepala. Dan aku sangat sukakan hubungan kekeluargaan yang dibina dalam setiap novel WT dengan penuh sifat kasih sayang, dasar percaya, saling bantu-membantu dan ikatan keluarga yang erat. 

Penulis dapat melahirkan kisah cinta, bahasa yang romantis, taburan kata-kata manis, membuat tiap sudut cerita itu terkesan dan sensitif membuatkan kita semakin teruja untuk meneruskan bacaan. Dan juga setiap ending di setiap novel menghadirkan penutupan yang logis dan manis.

Trademark WT suka sangat selitkan part cameo kemunculan hero-heroin daripada kisah-kisah novel dia yang lain. Teruja sekejap. Nak tau hero-heroin yang mana kenalah baca novel ni ya! 

Dan, tahu tak kenapa hidup ni best? Sebab kita ada pilihan untuk menentukan apa yang kita mahu. Seperti mereka semua memilih untuk bahagia.

Tapi ya, aku suka cerita ni semua. Itu kesimpulannya.

****
My Review:

Bermula dengan Dia... Mr Model membuat diri aku seperti
Sinopsis:

Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael

Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena
Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika.

“Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa

“A woman like you!” - Mika.

Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look' seperti Mika.

"Tell me. What's going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!" - Mika

Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya.

"And I think you prefer a hug!" - Mika

Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa?

"Suka dengan imej baru saya?

"Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk.

"Suka saya?" Angguk lagi.

"Sudi jadi isteri saya?" Masih lagi angguk. Namun tidak lama.

"Err... apa awak cakap Mika?"

“Awak dah setuju. So, tak boleh patah balik dah.“

***
Forever Mine terus... terus... jatuh hati 
Sinopsis:

Perhubungan di antara Shalia dan Aazad seperti di awangan. Berteman tetapi mesra. Berkawan tetapi intim. Bagi Shalia, hubungannya dengan Aazad hanya sekadar pelengkap hari-harinya.
Perkenalan secara maya dengan Iqram di laman sosial begitu mengujakan hati wanitanya. Pelbagai kisah dikongsi bersama sesuai dengan status mereka sebagai penuntut universiti.

Namun, apa yang paling menggusarkan hatinya adalah kehadiran Harif yang datang menghulur kasih. Pemuda kacukan Melayu-Korea itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya.

Ingin dilarang, hati mendesak menginginkannya. Ingin didekat, ada pihak yang masih menagih kasih.

“That’s my girl.” - Aazad

“Oh my… rindunya…” - Iqram

“I love you, baby!” - Harif

Dia buntu!

Siapa sebenarnya yang patut dipilihnya?

Aazad, Iqram ataupun Harif?

Dan apa pula rahsia mereka bertiga sehinggakan satu-persatu hati wanitanya tersentap dan berlagu pilu?

***
sehingga aku menerima Lamaran Untuk Teman Hati lalu
Sinopsis:

Tinggal sebumbung dengan Tengku Luth Daniel a.k.a jejaka Idaman Malaya? Itu kejutan yang Uzma Haseena@Uma terpaksa terima demi mencari duit poket sementara cuti semester dan juga demi sahabatnya, Tengku Hasya.

Kali pertama melihat Uma, Luth tak rasa apa-apa. Hari-hari jumpa, di rumah dan pejabat, hatinya mula tergoda dan dia mula jalankan misi menggoda.

“Uma... please don’t call me Tengku anymore.” - Luth

“Panggil Tengku lagi romantik...” - Uzma 

“Hah? Kalau nak romantik baik panggil I, sayang. Lagi I suka!” - Luth

Bila Uzma dah mula suka, ada pula halangannya. Bonda tersayang dah ada pilihan sendiri untuk si anak. Pilihan yang mereka berdua ada, hanya kahwin secara sembunyi.

“Luthhhh...” 

“Yes... I love you too, sayang...”

“No!!! I’m not telling you that lah... Hish!”

“Eh bukan ye?”

Luth memang nakal, tapi dia tahu kawal diri. Luth memang anak emak, tapi dia ada pendirian sendiri. Luth memang keras hati, tapi dia sweet dengan caranya tersendiri.

“Just stay with me. Whatever happens, I will always be with you, sayang!” – Luth

“Hmm... saya cuma ada masa sebulan je lagi nak bersama dengan awak, Luth.” – Uzma

Kenapa sebulan? Kenapa tidak selamanya? Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Ikuti L.U.T.H untuk mengetahui kisahnya.

***
Maritza menyatakan bahawa
Sinopsis:

Nak tinggal, rasa bersalah. Nak menurut, rasa kekok. Nak percaya, rasa pelik. Nak curiga, rasa tak patut. Namun Fadh tekad dengan keputusan untuk membawa gadis itu menumpang di rumahnya. Ada sesuatu pada Zaza yang membuatkan Fadh terus mahu dekat dengannya.

Perkenalan biasa di antara mereka berdua di tempat yang biasa telah membawa kepada satu hubungan yang luar biasa.

“You love me that much, Fadh?” - Zaza

“Kita kahwin, Za?” – Fadh

Siapa Zaza, itu tidak penting. Yang penting dia harus memilik gadis itu.

***
Jiwaku Ada Dirimu disetiap hela nafas...
Sinopsis:

Berkahwin dengan Jad Jazman?

Tak pernah terfikir oleh kotak fikiran Nur Alena. Jad itu hanyalah sekadar kawan yang boleh dijadikan tempat meminta pertolongan.

Tapi, demi keselamatan diri, demi mahu lari dari Khan yang psiko, Alena terima cadangan keluarga untuk mengahwini lelaki itu. Kerana dia tahu, dia akan selamat bersama Jad. Lelaki itu mana pernah ada hati pada perempuan.

“Kau pergi kelab gay kan tadi?” - Alena

“Kau tanya lagi macam tadi, siap kau!” - Jad

Hidup sebumbung, tapi haluan asing-asing sebab antara mereka tak pernah wujud perkataan cinta. Tapi, bila keadaan memaksa untuk mereka tinggal berjauhan, ada rasa lain pula yang muncul.

“Datang sini.” Jad bersuara lembut.

“Bila?”

“Hujung minggu...”

“Hmm...”

“Please.... Sekejap pun tak apa. Aku rindukan kau.”

Bila jauh, rasa rindu mula menggebu, rasa sayang mula bercambah. Masa dekat, semua tu tak pernah pula muncul.

Tapi, benarkah Jad rindukan dia? Sedang dia tahu, si suami yang berada nun jauh di sana sudah ada Zeki, ‘teman tapi mesranya’ di sisi.

“Susah kan, nak bukti yang aku sayangkan kau? Payah kan, untuk kau rasa yang aku ikhlas sayangkan kau? Sebab kita bukan bermula sebagai kekasih. Sebab aku bukan Khan.”- Jad

Bila nada cemburu mula berirama, ada yang menuntut penjelasan. Khan yang sudah berubah dan Zeki yang sentiasa ada antara mereka, mana satu yang menjadi puncanya?

💖💖💖

Dah letih membaca jom dengar lagu pulak, Salty by The Boyz 💓

Artist: THE BOYZ 
Song: Salty (English Translation) 
Album: REVEAL 
Year: 2020...
Read More at http://lyricskpop.net

Who am I? 
Trying to talk to myself in the mirror 
As if it ha already left my hands Do or Die 
Warning sign that penetrates my heart like a thorn 
Yeah yeah 

A long night that shines on you 
Going deeper without knowing the end (So long) 
I long for you all night 
A night where everything that went over limits sweep over me 

I’m sorry (sorry) 
It’s Salty in the middle of those sweet moments 
I feel like you’ll know it soon 
The darkness outside the window will cover our story 
Little salty 

Everything that’s headed towards you 
Shakes me up when I’m calm 
I’m gonna want it all without any remainders 
When I say Sorry 

Spread it out a little more passionately 
That’s right 
Let’s fly, fly more...
Dancing as if I'm dizzy
A beautiful dance that's Breathtaking

You got it (Got it)
Master key to open a splendid world
That's right (Thais right)
Let's leave for a place even further

I'm sorry (sorry)
It's Salty in the middle of those sweet moments
I feel like you'll know it soon
The darkness outside the window will cover our story
Little salty

Everything that's headed towards you
Shakes me up when I'm calm
I'm gonna want it all without any remainders
When I say Sorry

Leave everything to us (Yeah yeah)
Falling into your eyes, far away (Yeah yeah)
I'm melt slowly (Oh yeah)

I'm sorry (sorry)
It's Salty beyond the sweet senses
I feel like you'll know it soon
It's tasty at the start
It poison us deeper every moment
Little salty

I'm sorry (sorry)
It's Salty beyond the sweet breath
I think you fee it too
It's irreversible
Shawty who poisons me even deeper
Litter salty

Everything that you want
Shakes me up without hesitation
I'm wanting it again, several times
When I say Sorry

Catat Ulasan

0 Ulasan