Subscribe Us

Long Service Award

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak mengimbau kembali semasa aku mendapat 'Long Service Award' (LSA) di tempat aku mencari rezeki. Kini aku sudah bekerja selama 23 tahun, aku masuk kerja setelah tamatnya SPM. Lama juga rupanya sudah berkhidmatan di sini, dari finance ke bank. Banyak kisah suka, duka, sedih dan perpisahan melanda. 

Sahabat pun sudah ramai yang berenti kerja, samada menjadi suri rumah atau pun mendapat pekerjaan lain. Sepanjang tempoh aku bekerja ini, aku telah menerima dua kali LSA iaitu untuk:

(i) 10 tahun; dan
(ii) 20 tahun

Sekarang ini menunggu untuk 30 tahun dan 40 tahun, ehehehe.... jika panjang umur dan masih ada rezeki lagi (^0^)

Tujuan LSA ini diadakan kerana untuk memberi penghargaan kepada pekerja yang setia dan berkhidmat di syarikat. Semasa LSA 10 tahun, majikan aku telah memilih KLCC sebagai lokasi untuk merayakan LSA untuk 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan disebelah malamnya untuk 40 tahun berkhidmat.

Semasaa LSA 20 tahun aku tak menghadiri pun majlisnya cuba amik gold coin di bahagian Sumber Manusia, tapi kali ini aku dapat gold coin bukan fix deposit seperti LSA 10 tahun lalu.

Ini antara gambar aku semasa LSA 10 tahun, untuk LSA 20 tahun tak ada gambar sebab tak pergi ke LSA tersebut....emmmm

***
Sekitar Long Service Award 10 Tahun Yang Lalu....
Ini sijil dan plaq yang diberikan
Masa ini ada artis undangan seingat aku Salmiah Hassan. Ini bergambar dulu sebelum masuk untuk makan dan ambil hadiah.

Catat Ulasan

0 Ulasan