Subscribe Us

Anugerah Terindah by Sophilea

Assalamualaikum,

Cerita dari rak novel peribadi.

Novel Anugerah Terindah ini adalah terbitan dari Intens. Novel ini telah diadapatasikan ke drama dan ditukarkan tajuknya kepada "Sayangku Kapten Mukhriz"

Sinopsis

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.
Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

💝💝💝💝💝

Tuhan Yang Maha Esa, sesungguhnya dia “Anugerah Terindah”...

Plot yang ringkas. Tiada konflik yang memberatkan kepala. Paling-paling tidak, konflik emosi antara Mukhriz dan Ariana saja. Episod tarik tali, sembunyi-sembunyi rasa… haihh rasa nk cepuk je. Ada sedikit kesilapan minor ejaan dan pengolahan ayat yang agak kurang sempurna. Tak Mengapa. Kalu bab makanan pulak mesti tak tinggal kuih lapis dan laksa.. kenapa ya! Hahaha. Kredit untuk team Intens Idea Fauziah Ashari yang dapat membuat suntikan baru dalam penulisan penulis..

Cinta itu hadir apabila hati berkata, ‘ya’. Pergi apabila kita sudah terluka. Tapi percayalah, cinta itu tetap ada apabila kita tetap menyakini kewujudannya [Prolog]

Itu agaknya yang terjadi, saya sama-sama mabuk dgn cinta Dr Ariana Dahlia [Arin]. Gadis yg tak pernah jatuh cinta dan bila masa dia terjatuh cinta, Arin dah seperti orang yang jatuh dalam gaung je!kikiki Arin; seorang doktor lost in space bila terpandang wajah Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas yang datang ke majlis kenduri  rumah Leftenan Izzudin a.k.a. alongnya.

Bila saja mata Arin menangkap wajah seorang lelaki yang berdagu runcing, mata Arin tak dapat dialihkan lagi. Buat pertama kalinya Arin dah tak serupa Arin, dah jadi Jaja kan [macam pernah dengar kan watak ni :P]? Kih3x lalala. Maka bermulalah misi mengorat Arin dengan berbekalkan no telefon Ustaz Mukhriz yang along berikan.
Semoga jodoh mempertemukan kita semula [pg.153]

Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas [Ustaz Mukhriz]. Ini ustaz Arin. Ada flashback antara Mukhriz dan Arin pertemuan pertama mereka 8 tahun dulu dalam keretapi sinaran suria..rupanya Arin masih simpan kenangan itu... Arin tak sangka bertemu semula Mukhriz di rumah along.

Walaupun sudah beberapa kali Arin ‘patah hati’ sebab selalunya Arin sahaja yang menjadi pemburu Ustaz Mukhriz, Arin masih lagi berharap. Sungguh dasat aura Ustaz Mukhriz ni. Arin sendiri pun selalu cermin diri. Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Muhkriz yang bergelar ustaz itu? Arin seorang gadis biasa-biasa saja, tak bertudung labuh dan tak tahu memasak itu buat dia rasa kerdil sekali. Namun, Arin cuba untuk berubah. Perubahan yang baik aku kira.

“Kalu nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kpd soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa. [pg 224]

Di saat Arin mengutarakan rasa hatinya pada keluarga, memang semuanya terkejut. Mana taknya kes anak perempuan meminang lelaki! Tiada dalam sejarah keluarga Tuan Razlan. Tetapi kalau itu kehendak Arin, apa lagi yang harus dikata. Cuma bertuahnya Arin, hadir dlm keluarga yang menyokong satu sama lain.  Ada Izzudin, Marlia dan Amrina penyeri dalam hubungan adik-beradik ni.

Untuk Mukhriz, Semoga satu saat kita bertemu kembali. Dahlia. [pg 592]

Ini kisah penamat. Tak boleh cerita lebih sebab ingat pesan Jaja dan ada ingatan dari Arin. 

“Biarkan aku bercerita mengikut cara aku sendiri. Jangan menyampuk… apalagi membuka helaian-helaian belakang novel  ini untuk mengetahui penghabisan cerita Mukhriz dan Arin ini. Ihiks!

Jujur saya nyatakan novel ini bukan hanya kisah cinta si perigi yang mencari timba. Bukan hanya cerita Laila yang mengejar Majnun. Ia kisah gadis biasa yang cuba mencari cinta pertamanya. Namun kisah ini menjadi menarik apabila cerita cinta yang diadun dengan intipati agama dan bagaimana merungkai cinta berlandaskan syariat dan norma masyarakat. Disampaikan dengan cara bercerita yang cukup santai oleh penulis, macam mendengar kawan baik kita yang berkongsi rasa.

Tahniah kepada Sophilea.Moga terus sukses!

ps:

Honestly novel Samudera Indah Nian juga yang tetap dihati… ehehehe
Samudera Indah Nian tu kisah tentera laut so bolehlah tengok MV nie ya...
Mansae by Verivery (Road To Kingdom)

Catat Ulasan

0 Ulasan