Subscribe Us

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan DILANJUTKAN

Assalamualaikum, 

Biiznillah.

Ada dua cerita:

(i)

Hari ini Isnin. Orang kata kalau sudah namanya ISNIN secara automatik jadi 'Monday Blues' apa yang membiru tak taulah acik. Ini semua terpengaruh dengan kata-kata si Oyen Garfield tulah.
Stuffs That Matter: do these today to kick out Monday blues...
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Hari ini, hari ke 180 bagi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Hari Ke 96 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Masih panjang lagi perjalanan untuk pulih dari pandemik ini ambil masa 2 tahun juga.

(ii)

DILANJUTKAN. Ini bermakna aku masih di kategori 'Work from anywhere. No more Monday Blues'. Ini kisah aku. Pekerja yang di 'work from home (wfh)' kan, dan bermula 1 September 2020 ini telah ditukar ke 'work from anywhere (wfa)' dimana logiknya memang tidak jelas. Saja aku nak catatkan kisah ini disini untuk tatapan masa depan. Mana tahu study case aku ini boleh dijadikan kajian dan ada penambahan baik bagi undang-undang untuk pekerja mendapat keadilan dan hak mereka terutama jawatan rendah seperti kerani. Sehingga hari ini masih samar-samar lagi apa yang sebenarnya yang dirancang oleh syarikat buat kami yang dijadualkan wfa ini. 
Work Hard Anywhere | WHA — Laptop-friendly cafes and spaces. (Wifi,  outlets, seating, and more) | Blog
Senario:

Bagi yang telah dijadualkan bekerja work from anywhere (dulu work from home) seperti aku disepanjang tempoh PKPP, tidak dibenarkan hadir ke dalam bangunan tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu dari unit supervisor. Aku hanya boleh bekerja di pejabat jika mendapat arahan dari supervisor dan team member untuk aku hadir ke pejabat bagi menyiapkan tugasan. Kepada yang bekerja work from anywhere hanya dibenarkan datang selepas jam 10.30 pagi dan pulang segera setelah tugasan siap. Ini merupakan SOP yang telah ditetapkan. Dalam tempoh PKP dan PKPP memang boleh dikira dengan jari berapa kali aku dapat masuk pejabat, maklumlah kena ada kebenaran dahulu.... huhuhu

Kisah yang bermula pada 28.08.2020 (Jumaat).

Aku telah diarahkan untuk datang ke pejabat kerana Ketua Jabatan ingin berjumpa dan berbincang mengenai jadual kerja aku sepanjang tempoh PKP dan PKPP ini. Bagi pihak ketua jabatan kekerapan aku bekerja di pejabat amatlah kurang dan telah membuat kesimpulan aku ini pekerja yang 'dormant' dan team unit aku boleh membuat tugasan aku. Tetapi hari yang aku masuk pejabat untuk menyiapkan tugasan tidak pula disebut, seolah-olah aku ini tidak wujud dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh team members.

Menurut Ketua Jabatan, status aku sebagai pekerja kini adalah “dormant” bermakna pekerja yang tidak aktif sepanjang tempoh PKP dan PKPP ini. Menurut Ketua Jabatan setelah membuat perhatian dari jadual tersebut menunjukkan unit aku tidak memerlukan aku sebagai kerani disitu.  Oleh yang demikian, aku harus ditarik keluar dari jabatan ini dan Ketua Jabatan bersetuju untuk mencari tempat untuk aku dan meletakkan aku di jabatan lain yang memerlukan khidmat aku untuk bekerja. 

Terfikir juga aku, yang ketua jabatan aku ini seolah-olah menilai kerani seperti aku ini hanya makan gaji buta disepanjang tempoh PKP dan PKPP, hanya berdasarkan pada jadual kerja yang diterima. Bertabahlah. Bagi mengelakkan aku dikategorikan sebagai pekerja yang dormant sepanjang masa, ketua jabatan memaklumkan bahawa aku perlu keluar dari jabatan ini dan bersedida untuk dipindahkan dimana-mana jabatan lain. [Aku okay jer, memang dah lama pun nak kuar dari jabatan ini... ehehehe]

Persoalannya?

Bermula pada bulan Mac, setiap Unit Supervisor dalam jabatan telah diarahkan untuk menyediakan jadual kakitangan untuk datang bekerja mengikut giliran seperti di dalam SOP. Jadual akan diberitahu melalui sistem “Whatsapp” kepada semua kakitangan samada dijadualkan bekerja 'work from office (wfo)' atau 'work from anywhere (dulu wfh)'.  

Dalam situasi ini : 

1. Adakah aku sebagai kerani yang tidak mahu datang bekerja di pejabat? Dan perlu terhengeh-hengeh meminta dari unit supervisor untuk datang setiap minggu untuk menampakkan aku sentiasa aktif bekerja?

2. Aku dimaklumkan supaya datang ke pejabat jika ada arahan sahaja. Jika berlaku sebarang kejadian pihak syarikat tidak bertanggungjawab kerana tidak mengikut SOP.

3. Walaupun berada di rumah, arahan dan tugasan dari supervisor dan team member yang aku terima dari masa ke semasa aku telah siapkan tanpa gagal (dihantar melalui email peribadi aku iaitu ...........r@gmail.com). Ini bermakna aku buat kerja di rumah dan bukan hanya duduk sahaja di rumah.

4. Mengapa kategorikan aku sebagai 'dormant'? Padahal yang menyusun jadual kerja tersebut adalah Unit Supervisor sendiri (adakah aku kena betrayal oleh supervisor sendiri...ehehehe). Mungkin Unit Supervisor aku ini terlepas pandang dia masih ada kerani di unitnya. Di Unit lain, kerani dan kakitangan unit mereka boleh saja bertugas secara bergilir-gilir. Adakah Unit Supervisor mereka seorang yang humanising dan prihatin terhadap kakitangannya?

Mengapa tidak berbincang dengan pihak Sumber Manusia? 

Bagi aku, situasi begini sudah tentu pihak Sumber Manusia menyokong misi dan visi dari ketua jabatan kerana ini juga merupakan salah satu misi dan visi dari pihak pengurusan. 

Dari analisis dan pengalaman aku bekerja sepanjang tempoh 9 tahun di sini, aku berpendapat misi dan visi pihak Sumber Manusia serupa sahaja dengan ketua jabatan iaitu mengeluarkan kakitangan kerana 'New Structure' yang sentiasa berlaku setiap tahun.

Ini kronologinya:

• Pada tahun 2011 (tempoh dari 16.07.2010-31.07.2011), pada ketika itu ketua jabatan aku telah memaklumkan bahawa jawatan kerani tidak diperlukan di jabatan tersebut dan dikira sebagai lebihan kakitangan di dalam “New Structure”. Aku gagal mencari tempat dan aku telah ditempatkan di Career Transition Centre, Manpower Planning, Organizational Development, Group Human Resource (staff pool)(tempoh dari 01.08-09.10.2011) sementara untuk mendapatkan tempat di jabatan lain.

• Pada 10.10.2011, aku telah berjaya mendapat tempat di jabatan aku bertugas sekarang. Seingat aku 3 tahun lepas pihak Pengurus, Manpower, Jabatan Sumber Manusia telah memanggil kerani dalam division ini iaitu seramai 3 orang termasuk aku untuk memaklumkan bahawa division ini tidak memerlukan kerani dan perlu mencari tempat lain. Kami diminta bersedia jika dinaikkan pangkat dan dipindahkan tetapi buat sementara waktu kami dibenarkan bekerja di dalam jabatan kami sekarang selagi belum mendapat tempat baru.

Sebagai pekerja adakah masih perlu lagi berbincang dengan pihak Sumber Manusia?

Pada 7 September 2020 aku telah mengajukan pertanyaan ini di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk mendapat panduan dan nasihat bagi situasi aku ini (aku nak minta panduan ya bukan nak buat aduan). Kecewa sebab mendapat respon menyuruh aku buat aduan dan tidak menjawab satu pun soalan yang aku tanyakan 😏

Nak minta khidmat nasihat pun tak dapat. Nasib badan. Ini antara soalan yang aku tanya kepada JTKSM dan menceritakan senario yang sama seperti diatas:

Apakah nasihat untuk saya dalam situasi ini?

1. Adakah situasi ini dalam “Contract of Service” atau “Contract for Service”?

2. Apakah kesalahan saya sehingga saya dikategorikan sebagai “dormant”? Saya hanya mengikut arahan bekerja seperti yang telah ditetapkan didalam jadual setiap minggu.

3. Adakah pekerja yang perlu mencari tempat sendiri? Dan pihak Sumber Manusia dan Ketua Jabatan hanya menunggu saja diberitahu dimana kita ditempatkan dan mengeluarkan surat dipindahkan kepada pekerja?

4. Bolehkah menerima arahan secara verbal sahaja tanpa ada email atau surat atas arahan untuk mencari tempat lain kerana tidak diperlukan lagi di jabatan ini?

5. Adilkah seorang pekerja sebagai kerani yang telah berkhidmat selama 23 tahun diberi notis sebegini?

Apakah sebenarnya termaktub mengikut Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955?

Entah bila nak dapat panduan dan nasihat dari JTKSM, sedih masih lagi terawang-awang walaupun bertanya di saluran yang betul.

Sampai disini saja perkongsian pengalaman aku bekerja sepanjang tempoh pandemik ini.
Cherry blossom!: Freebies brush bunga
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat ketika aku menghadapi situasi ini. Sebenarnya aku tenang-tenang saja. Tak ada pun rasa serabut atau tertekan menerima situasi ini, cuma terkilan seperti tiada tempat bagi kami sebagai kerani di syarikat kami ini. Jika tidak memerlukan buka saja VSS, mengapa perlu kami ditolak ke sana sini tanpa ada tujuan seperti ada hidden agenda yang perlu mereka lunaskan. Semoga nasib kami sebagai pekerja sentiasa terbela dan dalam jagaan serta Rahmat Allah untuk mencari rezeki untuk diri sendiri, ibubapa, adik beradik dan orang yang memerlukan bantuan.

Pengajarannya ialah jangan pernah rasa selesa di zon selamat. Sekarang ini apa-apa pun boleh berlaku tambahan sekarang ini sedang rakus merealisasikan dunia digital yang sudah mula hilang sifat kemanusiaan. Tidak kira pangkat dan kedudukan sekarang ini semuanya tidak boleh berasa selesa.

Bumi Allah ini luas, rezeki kita bukan di satu tempat sahaja. Berdoa, tawakal dan berusahalah. Semoga diberi kemudahan sehabis mudah dan dikurniakan rezeki yang halal dan melimpah ruah seperti air zam-zam yang tidak pernah kering sehingga hari kiamat.

Catat Ulasan

0 Ulasan