Subscribe Us

Pandemik Covid 19 - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini masih lagi pandemik Covid 19 di bumi Malaysia. Ya, bekerja dari rumah atau work from home (wfh) masih lagi diteruskan sehingga 12 Mei 2020 (PKP 4). 4 Mei 2020 (PKPB) kerajaan telah memberi kelonggaran dalam sektor ekonomi untuk mula beroperasi dengan mengikut SOP ketat dan panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Di antara 4 Mei dan 12 Mei ada 9 hari. Dalam 9 hari ini adalah hari penentu untuk meneruskan PKP 5 atau memulakan exit strategy sekiranya 4 Mei ini dapat mendidik masyarakat hidup dalam new normal dengan baik. Aktiviti merentas negeri seperti balik kampung masih lagi tidak dibenarkan lagi. (sumber : Melaka Daily)

Hari ini sudah ramai yang mula bekerja tapi aku masih lagi mengikut schedule, masih lagi work from home sehingga PKP ditamatkan. Syukur, Alhamdullilah. Bagi yang sudah mula keluar rumah dan menggunakan public transport dan berurusan dengan orang ramai bolehlah mengikut sedikit nasihat dari KKM seperti di bawah ini:

1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
2. Amalkan penjarakan sosial (sosial distancing)
3. Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask)
4. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
5. Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

Image

Image

Image

Image

Antara sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah makanan, sukan dan reakreasi, pengangkutan, pembuatan, peruncitan, minyak dan gas.

Moga Malaysia terus tambah dalam menghadapi Covid 19 dan Allah pelihara kita semua dari musibah ini. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

#kitajagakita



Catat Ulasan

0 Ulasan