Subscribe Us

Kisah Hidup Magik

Assalamualaikum semua semoga kita dirahmati Allah selalu...

Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi cerita magik yang aku alami.

Bermulanya aku tertarik dengan perkongsian FB dari Tuan Kamal Zharif mengajak kita bereksperimen mengenai solat tahajud dan istighfar yang berbunyi begini (copy paste dari FB dia... ehehe)

18 Apr 2020, 18:40

"Memandangkan ramadan nak dekat, jom kita eksperimen ini:

1) 1000 kali Istighfar per hari.

2) Solat Tahajjud Esok.

“Kamu buat apa Allah suka, Allah akan bagi apa kamu suka! Jangan buat sorang-sorang, ajak orang lain buat juga” - Ustaz Fathuri, penulis buku Menjemput Rezeki.

Cuba bereksperimen hal tersebut.
Ajak orang lain buat juga.
Dan bersedia je tunggu benda Magik yang Allah akan beri.

Surah Nuh: 10 - 12
Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anak dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.

Bagi yang dapat buat, boleh komen 'saya dapat buat', ataupun boleh share juga posting ini. Kita ramai-ramai buat benda baik.

Sudah macam skim cepat kaya pula. Huhu.


Cuma itulah, ia datang dari ayat yang kita tak nafikan."

Bagi aku menarik juga nak cuba eksperimen ini maklumlah sejak kena PKP sebab Covid 19 ini memang mencarilah aktiviti berfaedah ya ndak....hahahaha aku pun cubalah memang betul ada magiknya. Aku cuba dan hari ini bermulalah kisah magik aku yang pertama. 

Cerita biasa-biasa saja taklah luar biasa. Beberapa hari ini aku duk terpikirlah bila lagi lebihan bayaran income tax aku nak masuk. Rata-rata kawan aku tanya semua dah dapat. Yelah bekerja dari rumah memang banyak benda lain yang dipikirkan termasuklah ending kdrama yang tengah hangat dan tazabar nak tengok endingnya... ehehehe

Tiber hari ini saat magik berlaku, dapat notification di email lebihan bayaran income tax sudah dikreditkan hari ini. Ya hari ini, aku rasa tak sampai 3 hari aku amalkan eksperimen ini memang Allah dah beri rezeki yang aku tak sangka dahlah gaji belum masuk lagi. Memang sujud syukur sangat. Benarlah janji Allah tak pernah tersalah alamat dan tiba masa amat diperlukan Allah akan beri. Alhamdullilah.

Dan hari ini juga tiba-tiba aku termasuk dalam group FB Hidup Magik (Free) aku pun tak tahu siapa yang invite aku dalam tu. Group yang penuh dengan ilmiah dan kisah hidup suka duka dan pengalaman orang lain yang banyak memberi motivasi kepada aku.

Ini antara pesanan Tuan Fahdi yang dengar tadi:

Kita buat apa Allah suka
Allah akan beri apa kita suka

Allah permudahkan setiap perjalanan hidup kita di saat kita memerlukan. 

Inilah magik yang berlaku pada aku hari ini.

6 Tempat Menarik Di Jepun Yang Wajib Pergi
Foto: Muslimtravelbug
Saya doakan rezeki anda hari ini banyak dan meriah seperti bunga-bunga ini, Aamiin, Ya Mujib. - Pesan Bonda

ANEKDOT:

Terima kasih kepada Tuan Kamal Zharif dengan perkongsian tentang ini ya! Ada juga dia tanya ok ke buat eksperimen ini kita jawab ok je kita segan nak share kisah magik ini... hahaha

Catat Ulasan

0 Ulasan