Subscribe Us

Things To Do In Seoul : Nasi Goreng Seafood - Yoogane, Hongdae

Satu hari kami kepenatan explore Everland, kaki dan lutut sudah mula longgar dan penat. Mintak duduk untuk rehat sebentar. Dalam otak masing-masing sudah lapar nak makan malam dan balik homestay tidur. Nikmat.

Cuaca sejuk memang mencabar dan perut cepat betul berbunyi, kruk...kruk...kruk... Malam itu Hakim bawa kami makan malam di Yoogane Restaurant, di Hongdae. Nak balik rumah pun dah dekat boleh walking distance je. Tengok fried rice seafood ini menyelerakan... yummyyy! Memang sedap pun.
simple tapi sedap-nasi goreng seafood
Yoogane Restoran ini ada banyak cawangan di Hongdae ini saja ada dua buah restorannya yang berdekatan pula tu. Chef di sini masak secara live depan kita. Memang di sini stail makannya secara panas-panas. Baru sedap dengan cuaca diluar pun sudah mula sejuk. Bila malam suhu jatuh lagi. Adesss!

Ini muka dah penat tapi lapar. Apa pun gambar kena amik juga simpan untuk buat kenangan. Tak tahu lagikan bila ada rezeki lagi nak sampai. Apa pun makan tetap kena makan isi pewuutttt...
Tengok tangan Chef tengah menumis bahan akseori nasi goreng. Pakai dua senduk, kletang kletung dia kacau, laju tu. Chef ini masak nasi goreng tak menggunakan minyak kelapa macam di Malaysia tapi digantikan dengan butter. Adalah 3 biji butter dia letak kat nasi goreng ini dan chef ini juga tak letak garam. Rasanya sedap jerr, tak pulak rasa tawar. Just nice!

Macam biasa group foto dulu sebelum makan besaq. Tengok mata masing-masing dah layu saja...hahaha... portion nasi goreng seafood ini banyak kami siap tapau bawak balik lagi, boleh makan untuk breakfast esok tu...
Masa untuk menunggu hidangan siap di untuk di makan. Senang dapur ada kat meja masing-masing bila dah masak boleh terus makan. Sementara tu teguk jelah air kosong yang sejuk macam air dalam peti ais tu...

Senyum Dijah bila nasi goreng seafood dia dah siap 😁... apa lagi marilah serang!

Ini ada rakaman time Chef tu cooking (sila abaikan suara bgm itu).
ANEKDOT
Masa dalam perjalanan nak balik homestay singgah dulu tengok street dance. Di Hongdae bila malam memang meriah banyak aktiviti boleh buat.

Catat Ulasan

0 Ulasan