Subscribe Us

My Parent : Mak dan Abah

Ini mak saya. Doa dia sangat makbul. Saya fikir doa semua ibu sangat makbul. Dia umpama keramat hidup bagi saya. Apa sahaja yang Allah swt beri nikmat kepada saya, ia adalah berkat ibu saya serta doa beliau. Ada sepotong ayat Al-Quran menyebut lebih kurang maksudnya ialah, siapa yang kata dia mensyukuri Allah swt, dia kena syukuri ibu bapa mereka. Redha Allah swt terletak pada redha ibu. (Rujuk Surah Luqman, Ayat 14).
Tetapi pada masa yang sama, saya rindui Allahyarham abah saya Mohd Tahir b Mohd Ariff. Tanpa dia juga tiada saya. Beliau meninggal dunia pada 2014. Beliau adalah hero saya dulu kini dan selamanya. 

Al-Fatihah buat mereka yang telah tiada. Siapa yang masih ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka walau siapapun mereka samada mereka mungkin orang Islam atau mungkin ada yang bukan Islam. Baik atau tidak. Kita wajib berbakti kepada mereka.

ANEKDOT
Ini pakcik dan abah aku. Memang 3 sahabat karib dan bersaudara selalu bersama. Al fatihah buat mereka semoga mereka berada dikalangan orang yang beriman. Aamiin. 
Ninik Noh, Abah, Ninik Buyong

Catat Ulasan

0 Ulasan